web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Hantu Ke Lima' Papar Kisah 'Influencer' Gila 'Viral'

Mempertaruhkan wajah-wajah popular termasuklah pempengaruh media sosial, 'Hantu Ke Lima' mengangkat kisah individu yang cuba mengejar pengisian demi viral.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 4:33PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Filem bergenre seram komedi sentiasa mendapat tempat di hati penonton Malaysia. Buktinya, Zombi Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Hantu Bonceng dan banyak lagi mendapat kutipan pecah panggung.

Terbaharu, Astro Shaw telah menerbitkan sebuah filem komedi seram berjudul Hantu Ke Lima untuk tayangan di saluran berbayar Astro First yang akan bermula tayangan pada 7 Oktober 2021.

Mempertaruhkan wajah-wajah popular termasuklah pempengaruh (Influencer) media sosial, Hantu Ke Lima mengangkat tema pempengaruh yang cuba mengejar konten demi viral. 

Menurut Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, pihak Astro Shaw mempertaruhkan Raysha Rizrose, Aisar Khaled, Izzue Islam dan Shiha Zikir sebagai teraju utama.

“Selain jalan cerita yang padat dengan unsur komedi, kami yakin gandingan pertama kali pelakon-pelakon ini mampu menarik minat penonton untuk menyaksikan filem ini. 

"Tambah pula, kemunculan Elly Mazlein atau lebih dikenali sebagai Kak Lina Pom Pom pasti mengubati rindu penonton dengan gelagatnya. 

"Kami turut berbesar hati dapat bekerjasama dengan penerbit dan produksi AT Movies buat julung kalinya dalam membawakan filem ini kepada penonton sasaran.

"Kami harap platform Astro First mampu dilihat sebagai salah satu ruang yang bukan hanya mengangkat bakat kreatif sebagai pengarah filem dan penulis skrip , tetapi turut menjadi platform bagi penerbit mencuba sesuatu di luar kotak," ujarnya. 

Sementara itu penerbit filem ini iaitu Datuk Athy meluahkan rasa teruja dan gementar kerana ini kali pertama ATHY Movies menghasilkan filem Melayu. 

“Filem ini dihasilkan bagi memenuhi kehendak penonton yang sering menjadikan genre komedi dan seram sebagai pilihan utama.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak FINAS kerana telah memberi sokongan kepada produksi kami untuk menghasilkan karya ini dan terima kasih kepada Astro Shaw di atas kepercayaan dan turut berkongsi komen dan cadangan bagi penambahbaikan filem Hantu Ke Lima”, katanya. 

Filem arahan pengarah Azhari Zain ini mengisahkan tentang Auni Qaisara lakonan Raysha Rizrose yang mencari perlindungan setelah dianiaya ibu tirinya, Puan Sri Zaleha (Adibah Nor) dalam skim pelaburan saham yang merugikan.

Puncak Mahligai, kediaman mewah peninggalan arwah bapa Auni yang dijaga oleh Iskandar Shah (PU Azman) dan isterinya, Kam (Elly Mazlein) menyimpan 1,001 misteri. 

Sementara itu, TKO Studio yang diusahakan oleh Taufiq (Aisar Khaled), Kent (Izzue Islam) dan Oya (Shiha Zikir) di ambang kejatuhan dan mereka bertiga telah bersetuju untuk bekerjasama dengan Puan Sri Zaleha dalam mempromosi Puncak Mahligai untuk menarik minat pelabur. Namun, mereka berhadapan dengan pelbagai kejadian mistik. 

Mampukah Auni Qaisara Putri mempertahakan satu-satunya kenangan bersama arwah bapa dan ibunya di Puncak Mahligai daripada diekploistasi oleh Puan Sri Zaleha?

Jangan lupa untuk melanggan filem Hantu Ke Lima di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh tonton filem ini selama 48 jam secara berulang-ulang. - Getaran, 7 Oktober 2021

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN