web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Shang-Chi' Punya Aksi Pertarungan Epik Yang Terbaik

'Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings' padat dengan aksi-aksi pertarungan dan pertempuran mendebarkan dan sangat kental menggunakan seni mempertahankan diri Wuxia dan Qinggong.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2021 12:59PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Anda masih ingatkah dengan filem superhero Black Panther yang diterbitkan Marvel Studios berlatarbelakangkan negara Afrika fiksyen Wakanda, pada 2018? 

Sepertimana filem itu yang bakal muncul dengan sekuelnya tidak lama lagi, Marvel cuba menggunakan formula dan template yang sama untuk Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings untuk peminat filem superhero di negara Asia Timur dan Asia Tenggara.

Elemen aksi, fantasi, mitos, mistik dan budaya turut diterapkan di dalam Shang-Chi, namun ia langsung tidak dibayangi Black Panther

Kesemua elemen ini telah digabungkan dan menyatu dengan begitu baik sekali sehingga ia berjaya membentuk ‘signature’ yang tersendiri di dalam Shang-Chi

Aksi-aksi pertarungan dan pertempuran yang hebat dan menarik di dalam filem ini juga adalah antara kekuatan yang ada pada Shang- Chi

Daripada separuh awal sehingga ke akhir filem, ia padat dengan aksi-aksi pertarungan dan pertempuran mendebarkan dan sangat kental menggunakan seni mempertahankan diri Wuxia dan Qinggong. 

Terutama pada separuh awal filem ini. Aksi pertarungan Shang-Chi (Simu Liu) dan kumpulan Ten Rings di dalam bas memang sangat epik.

Aksi pertembungan di antara Wenwu (Tony Leung) dengan Ying Li (Fa Len) juga berjaya memperlihatkan keindahan seni qinggong yang penuh magis. 

Pada masa yang sama, kisah perjalanan hidup Shang-Chi serta pertembungan kisah bapanya, Wenwu, ketua gerakan Ten Rings yang memiliki senjata gelang mistik sakti turut bergerak selari dengan setiap babak aksi di dalam filem ini.

Shang-Chi banyak menggunakan flashback yang cuba memberikan jawapan kepada setiap persoalan yang timbul pada setiap adegan atau babak yang berlaku pada masa sekarang. Ia secara tidak langsung memudahkan penonton untuk memahami naratif filem ini. 

Sebagai superhero baru, Simu Liu berjaya membawakan wataknya dengan baik. Namun, Awkwafina yang melakonkan watak Katy, teman baik Shang-Chi yang sama-sama bekerja sebagai penjaga valet telah memberikan lakonan yang cemerlang. 

Dengan aksi bersahaja, Awkwafina berjaya menampilkan elemen komedi yang memang menjadi ‘makanannya’ seperti yang kita pernah tonton di dalam Crazy Rich Asians sebelum ini. 

Namun, lakonannya menjadi lebih versatil apabila dia berjaya memberikan emosi yang tepat untuk babak-babak yang tegang, sedih serta mendebarkan. 

Pasti ramai juga yang tidak sabar melihat aksi superstar Tony Leung di dalam filem ini. Mungkin ada yang suka dia sebagai Wenwu dan mungkin ada juga yang berasakan dia bukan pilihan yang tepat. 

Separuh masa kedua filem ini penuh dengan elemen mistik dan fantasi dan ia akan membawa penonton menerokai perkampungan misteri Ta Lo dan pertarungan hebat yang selanjutnya. 

Namun, momentum dalam separuh masa kedua filem ini sudah mula menjadi sedikit kacau. Perkampungan Ta Lo yang cuba digambarkan di dalam filem ini membuatkan kita terasa seperti menonton filem Maleficent yang digabungkan dengan Jurassic Park

Pada pertarungan akhir pula, ada bahagian teknikal pada CGI dan kesan visual yang tidak disempurnakan dengan baik dan ia menampakkan aksi-aksi pada bahagian tertentu seolah-olah kaku. 

Di sebalik kelemahan ini, Shang-Chi mempunyai banyak elemen dan tarikan untuk menjadikan ia antara filem superhero Marvel yang terbaik setakat ini. 

 

Sinopsis 

Shaun atau Shang-Chi (Simu Liu) bekerja sebagai penjaga valet bersama teman baiknya Katy (Awkwafina). Sewaktu berada di dalam bas dalam perjalanan ke tempat kerja mereka, Shang-Chi telah diserang kumpulan Ten Rings yang diketuai Razor Fist.

Bimbang bahawa kumpulan tersebut akan menyerang adiknya, Xialing (Meng'er Zhang), Shang-Chi memutuskan untuk terbang ke Macau untuk melindungi adiknya yang sebenarnya sudah bertahun-tahun dia tinggalkan.

Katy yang masih terkejut dan sama sekali tidak mengetahui apa-apa tentang sejarah silam Shang-Chi turut menemaninya ke sana. 

Dari saat itu, Shang-Chi telah mula dihantui sejarah silamnya dan terpaksa berdepan semula dengan bapanya, Wenwu (Tony Leung) yang mempunyai perancangan untuk menyerang sebuah perkampungan misteri bernama Ta Lo. Kampung itu juga merupakan tempat asal ibunya, Ying Li (Fala Chen). 

Mengapa Wenwu mahu menyerang kampung tersebut? Adakah Wenwu berjaya mempengaruhi anak-anaknya untuk menyertai pakatannya itu? - Getaran, 7 Oktober 2021

Rating: 4.5 Getar 

Semua gambar: Disney Malaysia

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

'Sheriff' Karya Paling Jujur, Janjikan Kelainan Sisi Polis

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Lal Salaam Lakonan Rajinikanth, Gabung Elemen Perpaduan Menerusi Sukan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 13 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN