web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Filem Roh Tayang Di Amerika Utara Bermula Oktober Ini

Mereka juga akan menghasilkan DVD atau blu-ray melalui 'video on demand'!

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 5:08PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Selain mencatat sejarah membanggakan mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-93 dan menjadi antara filem tempatan yang ditayangkan di platform penstriman antarabangsa, Roh mencipta satu lagi kejayaan apabila bakal ditayagkan di Amerika Utara. 

Berita gembira itu dikongsikan sendiri oleh sutradara karya seram ini, Amir Muhammad ketika dihubungi Getaran.

“Ia akan ditayangkan terhad di beberapa pawagam bermula 29 Oktober ini. Selain itu, mereka juga akan menghasilkan DVD atau blu-ray melalui 'video on demand' (VOD),” katanya. 

Namun begitu, Amir tidak memberi respons ketika ditanya sekiranya syarikatnya itu mempunyai sasaran untuk menayangkan  filem Roh di negara lain selepas ini.

Terdahulu, filem ini juga telah mencuri tumpuan warganet apabila ia dibincangkan secara meluas di laman sosial. Bukan itu sahaja, Roh juga menjadi antara 10 filem paling banyak ditonton di Netflix ketika ia ditayangkan.

Selain Netflix, filem tersebut turut ditayangkan di platform penstriman lain seperti Disney+ walaupun ia hanya terhad disiarkan di Asia Tenggara. 

Roh yang dihasilkan Kuman Pictures itu mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan yang membawa ramalan ngeri kepada sebuah keluarga miskin di dalam hutan. 

Naskhah tersebut dibintangi pelakon hebat seperti Namron, Farah Ahmad, Mhia Farhana, Haruth Haziq, Junainah M Lonjong dan Putri Qaseh. 

Filem Roh menelan belanja serendah RM360,000 dan penggambaran dilakukan di Dengkil, Selangor selama 15 hari. - Getaran, 28 September 2021

Gambar: Kuman Pictures

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Trump Berterima Kasih Kepada Rakyat Amerika "Dipilih Sebagai Presiden Ke-47"

3

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Sokong Kuat Cadangan AS Tamat Konflik Di Gaza, Kata Anwar

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN