web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Kampung Latah Kena Kuarantin' Kutip Lebih RM1 Juta, Filem Kelakar 'Giler'!  

Rata-rata penonton akui berulang kali menonton 'Kampung Latah Kena Kuaranti dan filem ini membuatkan mereka ketawa terbahak-bahak apabila menyaksikan lakonan lucu barisan pelakonnya. 

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 2:52PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tahap depresi masyarakat Malaysia barangkali memang sudah berada di paras yang membimbangkan sehingga mereka terpaksa ‘melayan’ filem komedi Kampung Latah Kena Kuarantin berulang kali untuk menghiburkan hati. 

Namun, pada waktu yang sama, ia secara tidak langsung telah membantu filem arahan Azizi Chunk Adnan yang diterajui pelakon Azhan Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur dan Din Latah yang terkenal dengan latah mereka secara realiti ini untuk meraih kutipan RM1 juta. 

Satu pencapaian yang pasti membuatkan penerbitnya, Hazil Izham Ismail tersenyum bangga dan puas kerana filem pertama terbitan syarikat produksinya, Megapine (M) berjaya mencatatkan kutipan yang luar biasa. 

Apatah lagi Kampung Latah Kena Kuarantin yang turut dibintangi Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad ini hanya ditayangkan menerusi saluran Astro First, sejak 9 September lalu. 

Hazil Izham berkata, kejayaan Kampung Latah Kena Kuarantin ini mendorong semangat buat pihaknya untuk terus berkarya dan menghasilkan pengisian yanglebih variasi serta berkualiti. 

"Kami juga berasa gembira apabila segelintir penonton merasakan filem ini mampu menghilangkan seketika tekanan mereka apabila terhibur dengan dengan babak dan aksi yang ditonjolkan barisan pelakon. 

"Buat mereka yang masih belum berkesempatan menonton filem ini, saya ingin mengajak mereka untuk menyaksikan karya ini.

“Terima kasih kepada FINAS dan Astro di atas peluang yang diberikan untuk menghasilkan filem Kampung Latah Kena Kuarantin menerusi dana Program TV/OTT,” katanya. 

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri berkata, kejayaan filem pertama hasil daripada Dana Program TV/OTT iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin menjadi pemangkin kepada nilai tambah pembangunan karya filem tempatan khususnya dalam aspek pengeluaran, pengedaran dan pemameran.

“Kami juga harap inisiatif strategik oleh FINAS dan Astro ini akan terus dapat menyasarkan peluang kepada penerbit dalam menjana pendapatan melalui pemilikan hak cipta yang diberikan kepada mereka,  selain menghasilkan kandungan kreatif untuk dipersembahkan kepada penonton,” katanya. 

Kampung Latah Kena Kuarantin adalah filem tempatan pertama yang mengetengahkan gelagat melatah sebagai subjek kepada latar cerita serta menghimpunkan nama-nama selebriti cukup terkenal dengan latah spontannya dan lebih menarik ia tidak pernah disaksikan dalam mana-mana filem sebelum ini. 

Filem ini diperhebatkan lagi dengan penampilan istimewa oleh bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (YB Hazil), Roy Azman (Pegawai Perubatan), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab).

Sinopsis Kampung Latah Kena Kuarantin 

Kampung Latah Permai adalah sebuah kampung yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai kadar penduduk ‘melatah’ yang ramai. 

Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours, bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. 

Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). Pun begitu, Apoi (Joey Daud) terlebih dahulu menghantar rombongan meminang Juanita dengan mengikut adat resam dan budaya melayu, namun pinangan Apoi ditolak. Apoi bersama kuncunya Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. 

Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria, tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, meninggal dunia serta terbunuh rakan atau pasangan. 

Keadaan kampung semakin membimbangkan dan menjadi isu besar sehingga Ketua Kampung terpaksa membuat mesyuarat tergempar bersama penduduk bagi mencari jalan penyelesaian. Berbagai teori dan cara menangani pandemik latah telah dibuat sehingga ada yang logik dan tidak kurang juga karut. 

Gambar:  Astro

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Goat Meledak Di Pawagam, Catat Lebih RM10 Juta Sejak Khamis

2

Selebriti 1 tahun yang lalu

Malam Komedi ‘Live, Love, And Laugh’ Untuk Bertemu Kenalan Baru, Mungkin Juga Bertemu Jodoh

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Pahabaq Kedah? Jom Pakat Bergelak Ketawa Dengan Sepahtu Reunion

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Reviu Filem: 'Sheriff' Filem Syafiq Yusof Paling Berani, Papar Sisi Gelap PDRM

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN