Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MCAG Cari Bakat Pengarah Filem Baharu Menerusi 'Rahsia Sutradara' 

Program 'Rahsia Sutradara- Be Your Own Director' anjuran MCAG bersama FINAS buka peluang buat pengarah muda baharu timba ilmu pengarahan daripada pengarah mentor dan hasilkan filem sendiri.

Filem & TV Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 6:59PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi mengangkat budaya pemikiran pengarah di sebalik sebuah pengkaryaan dan memperkasakan kemahiran serta kualiti diri penggiat seni kreatif tempatan dari sudut ilmu pengarahan, Pertubuhan Malaysia Cinematic Auteurs Guild (Pertubuhan Karya Sutradara Sinematik Malaysia) telah mengambil inisiatif menganjurkan program 'Rahsia Sutradara - Be Your Own Director'.

Berkonsep interaktif, program 'Rahsia Sutradara - Be Your Own Director' anjuran MCAG bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) yang mendapat kerjasama daripada Planet Mahir dan Yayasan TM serta rakan strategik Terang dan Bronic ini bakal diadakan secara atas talian bermula 24 September hingga 22 Oktober ini. 

Kewujudan program ini diharap dapat  melahirkan pengarah filem generasi muda baharu di Malaysia yang mampu menguasai budaya berfikir secara sinematik dan teknik pengarahan berasaskan 'auteur' serta membina kesedaran tentang hak-hak seorang pengarah dan bertanggungjawab dalam penghasilan karya.

Presiden MCAG, Khir Rahman berkata, MCAG ditubuhkan melalui kesedaran sebahagian besar sutradara tanah air bahawa pentingnya pengkhususan terhadap bidang pengarahan itu sendiri. MCAG mahu mengkhususkan perjuangan terhadap pengarahan filem cereka yang mana ia menuntut disiplin dan bakat penceritaan tersendiri.

“Penggunaan istilah 'auteur' itu sendiri merujuk kepada visi seorang sutradara dalam pengkaryaannya. Hak sutradara ini sangat penting untuk diperjuangkan. Ini kerana keadaan sekarang banyak memaksa seseorang sutradara itu tunduk dengan kehendak pihak penerbit mahupun pengeluar duit.

“Bagaimanapun, MCAG sangat percaya bahawa tahap akademik dan pengalaman sangat penting dalam membentuk peribadi seseorang sutradara. Justeru MCAG bersetuju untuk bersama MYCAP (FINAS) bagi melaksanakan terlebih dahulu sebuah program mengenal pasti bakat pengarahan filem untuk diangkat ke tahap profesional.

“'Rahsia Sutradara - Be Your Own Director' adalah sebuah program pertama MCAG sebagai usaha awal dalam membentuk para sutradara berbakat dan terlatih. Semoga usaha ini akan memulangkan kepercayaan kepada pihak penerbit dalam memberi hak bercerita kepada seseorang sutradara yg dilantik,” katanya. 

Dia bersama pasukannya di MCAG juga berharap agar filem kebangsaan terus diangkat sekali gus melahirkan karya-karya  yang berperanan dalam pembentukan bangsa Malaysia harmoni seterusnya menyumbang dalam perkembangan ekonomi negara.

Program 'Rahsia Sutradara - Be Your Own Director' yang dihasilkan sebanyak lima siri ini akan dikendalikan lima mentor yang terdiri daripada gabungan pengarah filem yang mempunyai kekuatan dalam skil dan aspek pengarahan masing-masing iaitu Aziz M Osman, Jason Chong, Azhari Zain, Nik Amir dan Razaisyam Rashid. 

Mensasarkan penyertaan peserta dalam kalangan karyawan industri kreatif, mahasiswa, kru mahupun orang awam yang mempunyai minat dan kecintaan untuk menjadi pengarah filem, program ini akan mendedahkan mereka dengan ilmu-ilmu pengarahan melalui diskusi dalam kalangan pengarah mentor. 

Pendedahan, pemikiran dan percambahan idea baru serta upscaling yang mereka lalui akan memberi peluang kepada mereka untuk mengikuti program tumpuan iaitu program menjual idea karya filem pendek yang bakal dilaksanakan.

Kelima-lima mentor ini akan menilai pembentangan kertas kerja mereka dan memilih 15 peserta berpotensi untuk ke peringkat selanjutnya dan mereka dibenarkan untuk memilih mentor masing-masing. 

Hanya lima peserta yang akan dipilih untuk menyertai projek filem cereka MCAG yang menggabungkan lima karya filem pendek arahan mereka setelah melalui proses siri-siri  projek ini. 

Pautan untuk menyertai program siri pertama ini akan dikongsi menerusi platform media sosial MCAG. Mereka yang berminat untuk terlibat dalam program mentoring ini perlu mengisi borang menerusi pautan Google Form yang akan dikongsi selepas program siri pertama berakhir. 

Ikuti perkembangan 'Rahsia Sutradara - Be Your Own Director' dari semasa ke semasa menerusi platform sosial media MCAG di Instagram, Facebook, Twitter serta saluran Youtube: Malaysian Cinematic Auteurs Guild. 

Program 'Rahsia Sutradara - Be Your Own Director'

  • Siri Pertama: 24 September 2021 (Durasi 2 jam, bermula jam 8 malam) 
  • Siri Kedua: 1 Oktober 2021 (Durasi 2 jam, bermula jam 8 malam) 
  • Siri Ketiga: 8 Oktober 2021 (Durasi 2 jam, bermula jam 8 malam) 
  • Siri Keempat: 15 Oktober 2021 (Durasi 2 jam, bermula jam 8 malam) 
  • Siri Kelima: 22 Oktober 2021  (Durasi 2 jam, bermula jam 8 malam) 

Gambar: MCAG

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 2 tahun yang lalu

‘Rahsia Sutradara’ Beri Impak Pada Industri Kreatif Filem

Sorotan

1

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

2

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

3

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

4

Pemangku Ketua Bahagian BERSATU  Calon PN Untuk PRK KKB

5

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

6

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

7

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

Disyorkan untuk anda

Budaya 1 hari yang lalu

Temui Personaliti Anime Kegemaran Anda Di Anime Fest Plus 2024  

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 9 jam yang lalu

Ruhainies Mohon Maaf Pada Bella Astillah, Ajak Jumpa Untuk Selesai Masalah

Selepas agak lama berdiam diri, akhirnya pelakon sensasi, Ruhainies tampil bersuara tentang isu hangat yang sedang melanda dirinya

oleh Wartawan Hiburan Getaran

Selebriti 1 hari yang lalu

Amar Baharin Dedah Tanah Ada 2 Geran, MB Selangor Janji Siasat

Pelakon itu memaklumkan tanah milik ibunya di Semenyih dibeli puluhan tahun lalu, namun sudah didiami ‘tuan tanah’ lain

oleh Rahayu MN

Selebriti 22 jam yang lalu

Pendedahan Sarah Yasmine Bikin Gempar 1 Malaya, Nama Emma, Chacha, Caprice Dan ‘TPM’ Jadi Bualan Netizen

oleh Wartawan Hiburan Getaran