web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Saksikan Wajah-Wajah Malaysia Di Netflix!

Kehebatan Datuk Michelle Yeoh, Yasmin Ahmad, Kabir Bhatia, Nam Ron, Henry Golding dan Ronny Chieng tidak perlu dipertikai lagi. Mari kita raikan karya-karya mereka yang ditayangkan di Netflix.  

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 3:17PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Lanskap sinematik Malaysia selama beberapa dekad telah melahirkan ramai bakat hebat yang mampu melangkaui sempadan, bahasa dan genre. Ikon terkemuka seperti Tan Sri P. Ramlee, Puan Sri Saloma dan Kasma Booty yang digelar sebagai 'Elizabeth Taylor of Malaysia', telah membuka jalan bagi berbagai pencerita yang cuba mencetuskan magis mereka di depan dan di belakang kamera. 

Mari kita raikan beberapa karyawan dan penggiat filem Malaysia dengan karya-karya filem mereka di Netflix:  

Datuk Michelle Yeoh

Daripada filem aksi Hong Kong, gadis Bond, lagak ngeri wanita dan ratu cantik, Datuk Michelle Yeoh telah menguasai segalanya. Bahkan, dia juga turut membintangi Crouching Tiger, Hidden Dragon iaitu  filem bahasa asing yang mencatatkan kutipan paling tinggi dalam sejarah Amerika. 

Terus membuktikan kehebatannya, Michelle juga telah membintangi filem Star Trek: Discovery dan memegang watak sebagai Elanor Young iaitu seorang ibu yang tegas dan cerewet dalam filem pecah panggung, Crazy Rich Asian

Michelle juga turut meminjamkan suaranya sebagai kambing Soothsayer dalam Kung Fu Panda 2. Anak kelahiran Ipoh, Perak ini juga bakal membintangi siri terhad aksi, The Witcher: Blood Origin sebagai Sword Elf Sian. 

Anda boleh tonton 11 Kunfilem dan siri yang dibintangi Michelle di Netflix. Antaranya, Crazy Rich Asian, Crouching Tiger, Hidden Dragon, Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword Of Destiny, Kung Fu Panda 2, Marco Polo, Marco Polo: One Hundred Eyes, Memoirs Of Geisha, The Mummy Tomb of the Dragon Emperor, Police Story 3: Super Cop, Mechanic: Resurrection dan Star Trek: Discovery

Nam Ron 

Shahili Abdan atau lebih dikenali sebagai Nam Ron sudah lama berkecimpung dalam industri perfileman tanah iar menerusi lakonan, penulisan skrin dan pengarahan. Nam Ron banyak membawakan watak berbeza dalam pelbagai genre. 

Antaranya ialah pekebun sekolah dalam Suatu Ketika, pemburu misteri (Roh), lelaki yang disiksa orang munafik (Munafik 2), Leftenan Komander dalam Pasukan Khas Malaysia (Paskal) dan pengurus hotel (Pasal Kau). 

Anak kelahiran Perlis ini juga turut membintangi dan mengarahkan filem Crossroads: One Two Jaga, iaitu kisah mengenai imigrasi, korupsi dan jenayah. Filem ini memenangi enam anugerah di Festival Filem Malaysia ke-30 pada 2019 dan juga memenangi anugerah di Asean International Film Festival 2019. 

Jom tonton 13 filem Nam Ron di Netflix iaitu Bunohan, Geran, Dendam Pontianak, Crossroads: One Two Jaga, Munafik 2, Paskal, Roh, Suatu Ketika, Till Death: Azalea’s Wrath, Wira, 29 Februari dan Usop Wilcha Menghonjang Makhluk Muzium.

Kabir Bhatia 

Cinta
Cinta

Produser, penulis skrip dan pengarah filem ini memiliki beberapa filem pecah panggung yang memenangi anugerah termasuklah filem seni mempertahankan diri, Sangkar dan Pulang yang diinspirasikan daripada kisah besar Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks, Ahmad Izham Omar, yang mana datuknya telah meninggalkan kampung halaman untuk berkhidmat sebagai kelasi kapal pada tahun 50-an. 

Pulang
Pulang

Kabir memulakan kerjaya seninya sebagai pengarah drama televisyen sebelum menghasilkan filem pertama berjudul Cinta pada 2004. Filem ini juga adalah batu loncatannya daripada drama ke filem. Karya yang mempunyai lima kisah percintaan yang kompleks di antara pasangan dan keluarga di Kuala Lumpur ini telah memenangi beberapa anugerah di Festival Filem Malaysia ke-20. 

Saksikan empat filem arahan Kabir di Netfilx iaitu Cinta, Sangkar, Sepi dan Pulang

Henry Golding 

Aktor berdarah Sarawak-British yang kacak ini memulakan kerjaya seninya dalam bidang pengacaraan dan siapa sangka dia kini telah menjadi antara pelakon utama di Hollywood selepas muncul dalam filem pertama, Crazy Rich Asian sebagai Nick Young. 

Dia turut membintangi filem romantik komedi, Last Christmas bersama Emilia Clarke dan menunjukkan sisi jahatnya menerusi A Simple Favour. Dalam Snake Eyes: G.I Joe dia telah memegang watak superhero dan digandingkan dengan Ursula Corbero. 

Henry juga bakal digandingkan dengan Dakota Johnson dalam sebuah filem terbitan Netflix yang diadaptasi dari novel karya Jane Austen, Persuasion. Bagi yang ingin menonton filem  lakonan Henry di Netflix , saksikan  A Simple Favour dan Crazy Rich Asians

Ronny Cheng 

Aktor dan pelawak, Ronny Chieng juga berjaya menembusi Hollywood menerusi penglibatannya di dalam Crazy Rich Asians. Selain menjadi salah seorang koresponden untuk 'The Daily Show with Trevor Noah', jejaka yang penuh humor ini juga berkongsi pengalamannya mengenai Amerika menerusi program 'Ronny Chieng: Asian Comedian Destroys America' di Netflix. 

Membesar dengan Anime sewaktu zaman kanak-kanaknya, ia benar-benar memudahkan tugasnya apabila ditawarkan meminjamkan suara dalam siri animasi Cina, 'Scissor Seven'. Chieng juga mempunyai beberapa lagi projek bersama Netflix termasuklah dua program stand-up istimewa dan sebuah komedi road-trip yang mana dia akan meneroka Chinatown di Amerika bersama seorang lagi rakan pelawak David Fung daripada The Fung Brothers. 

Anda boleh menonton Ronny di Netflix menerusi Crazy Rich Asians, Ronny Chieng: Asia Comedian Destroys America, Scissor Seven dan Wish Dragon

Yasmin Ahmad 

Sutradara tersohor ini telah meninggalkan legasi menerusi karya-karya filem dan komersial TV yang sehingga kini masih melekat kuat di hati penonton. Filem ikoniknya, Sepet berjaya merangkul trofi Filem Asian Film Award,Tokyo International Film Festival ke-18 serta Le Grand Prix du Jury di Creteil International Women's Film Festival ke-27. Ia juga telah memenangi tujuh anugerah di Festival Filem Malaysia ke-18. 

Karya arahan Yasmin seperti Rabun, Mukhsin dan Talentime boleh ditonton di Netflix. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN