web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Netflix Dominasi Emmy Menerusi 'The Crown' dan 'The Queen’s Gambit' 

Penstriman gergasi, Netflix mendominasi malam kemuncak Anugerah Emmy 2021 apabila drama bersiri 'The Crown' dan siri terhad, 'The Queen's Gambit', masing-masing merangkul 11 kategori.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 5:03PM

Gambar: Netflix

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Drama siri bersejarah mengenai Ratu Queen Elizabeth II, 'The Crown' telah menyapu bersih beberapa kategori utama dalam Anugerah Emmy 2021, sekali gus menjadikan ia malam kemenangan paling besar buat Netflix. 

Penstriman gergasi ini terus meraikan kemenangan berganda apabila 'The Queen’s Gambit' turut dinobatkan sebagai siri terhad terbaik serta membolot anugerah untuk beberapa kategori lain.

Netflix telah mengubah landskap TV sejak menghasilkan produksi original pertama mereka pada 2012, tetapi tidak pernah memenangi anugerah utama sebelum acara kemuncak Emmy Awards ini berlangsung, semalam. 

Bagi kategori komedi pula, 'Ted Lasso' terbitan Apple TV+ telah meraih kemenangan besar di majlis penuh berprestij untuk produk skrin televisyen yang diadakan Microsoft Theater di Downtown, Los Angeles, California. 

"Kami akan berparti sekarang. Saya hilang kata-kata dan sangat bersyukur,” kata pencipta 'The Crown', Peter Morgan. 

Gambar: Twitter Netflix
Gambar: Twitter Netflix

Musim keempat siri keluarga diraja British yang popular itu telah memaparkan perkahwinan Putera Charles dan Puteri Diana yang retak. 

Aktres Olivia Colman yang sebelum ini telah memenangi Oscar menerusi watak Ratu Anne Britain dalam ‘The Favourite’ dinobatkan sebagai Pelakon Terbaik apabila berjaya menghidupkan watak sebagai  Ratu Elizabeth II. 

Colman memberi penghormatan kepada bapanya yang meninggal dunia semasa pandemik COVID-19 dan yang mungkin mengharapkan akan kemenangan ini apabila ramai meramalkan ia akan berpihak kepada Emma Corin yang membawakan watak sebagai watak Princess Diana muda. 

Josh O'Connor yang dinobatkan sebagai Aktor Terbaik menerusi watak Prince Charles memuji Corrin sebagai hebat dan berkata, menjayakan siri tersebut adalah dua tahun yang cukup menguntungkan buat dirinya. 

'The Crown' turut memenangi kedua-dua kategori bagi pelakon pembantu termasuk Gillain Anderson yang berjaya menzahirkan watak Margaret Thatcher beserta anugerah untuk penulisan terbaik dan arahan terbaik.

Menariknya, 'The Crown' dan 'The Queen’s Gambit' merangkul 11 anugerah termasuk anugerah teknikal yang diadakan sebelum ini, namun ia masih belum berjaya memecahkan rekod yang pernah dicatatkan 'Game Of Thrones' dengan kemenangan 12 kategori pada 2019. 

'The Queen's Gambit', siri terhad berkisar seorang gadis yatim piatu bermasalah yang menguasai dunia sebagai pemain catur profesional dan turut menyebabkan jualan papar catur seluruh dunia naik mendadak sejak ia mula ditayangkan di Netflix pada Oktober tahun lalu. 

Gambar: Twitter Netflix
Gambar: Twitter Netflix

"Anya Taylor-Joy telah mengembalikan daya tarikan permainan catur dan secara tidak langsung memberitahu wanita bahawa catur bukan permainan untuk golongan lelaki sahaja,” kata penerbit eksekutif William Horberg.

Trofi Aktres terbaik untuk siri terhad berpihak kepada Kate Winslet untuk drama detektif, 'Mare Of Easttown' yang mana kedua-dua kategori pelakon pembantu dimenangi Evan Peters dan Julianne Nicholson.

Gambar: Twitter HBOMax
Gambar: Twitter HBOMax

Ewan McGregor pula merangkul kemenangan bagi kategori Aktor Terbaik untuk siri pereka fesyen, 'Halston'.

Malam kemuncak Anugerah Emmy 2021 dibuka dengan persembahan hangat penyanyi rap LL Cool J, Lil Dicky dan aktres, Rita Wilson apabila membawakan lagu mendiang penyanyi rap Biz Markie, 'Just A Friend'. 

Tidak seperti acara virtual yang diadakan pada tahun lepas, tetamu jemputan pada acara kali ini telah  dihadkan kepada 500 pencalonan serta melalui langkah penjagaan pandemik yang ketat termasuk bukti inokulasi.

Selain 'The Crown' dan 'The Queen's Gambit' cemerlang dengan 11 anugerah, siri lain yang menang besar adalah 'Saturday Night Live' yang membawa pulang lapan trofi, 'Ted Lasso' (7) dan 'The Mandalorian (7). - Getaran, 20 September 2021

 

Senarai Pemenang

OUTSTANDING DRAMA SERIES: 'The Crown' (Netflix)

OUTSTANDING COMEDY SERIES: 'Ted Lasso' (Apple TV+)

OUTSTANDING LIMITED SERIES: 'The Queen's Gambit' (Netflix)

LEAD ACTOR, DRAMA: Josh O'Connor, 'The Crown'

LEAD ACTRESS, DRAMA: Olivia Colman, 'The Crown'

LEAD ACTOR, COMEDY: Jason Sudeikis, 'Ted Lasso'

LEAD ACTRESS, COMEDY: Jean Smart, 'Hacks'

LEAD ACTOR, LIMITED SERIES OR MOVIE: Ewan McGregor, 'Halston'

LEAD ACTRESS, LIMITED SERIES OR MOVIE: Kate Winslet, 'Mare Of Easttown'

SUPPORTING ACTOR, DRAMA: Tobias Menzies, 'The Crown'

SUPPORTING ACTRESS, DRAMA: Gillian Anderson, 'The Crown'

SUPPORTING ACTOR, COMEDY: Brett Goldstein, 'Ted Lasso'

SUPPORTING ACTRESS, COMEDY: Hannah Waddingham, 'Ted Lasso'

SUPPORTING ACTOR, LIMITED SERIES OR MOVIE: Evan Peters, 'Mare Of Easttown'

SUPPORTING ACTRESS, LIMITED SERIES OR MOVIE: Julianne Nicholson, 'Mare Of Easttown'

OUTSTANDING TELEVISION MOVIE: 'Dolly Parton's Christmas On The Square' (Netflix)

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

3

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Queen Of Tears Pecah Rekod Tontonan tvN

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Netflix Dedahkan 100 Peserta Physical: 100 Season 2 : Underground 

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 12 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN