web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mamat Khalid Angkat Kisah Penghantar Makanan Dalam 'Klik Riders'

Sitkom ini mengetengahkan cabaran dan kekangan yang dilalui penghantar makanan antaranya kerenah pelanggan, motosikal rosak, masalah kewangan, keluarga dan cinta.   

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 5:20PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Awalnya, sutradara Mamat Khalid mendampingi penghantar makanan untuk mengetahui apa yang dilalui mereka setiap hari sewaktu membuat penghantaran kepada pelanggan.  

Namun, semakin lama berdamping dengan mereka, banyak cerita menarik yang diperolehi dan ia telah memberikan inspirasi buat pengarah prolifik ini untuk menghasilkan sebuah sitkom berkaitan kehidupan mereka sebagai penghantar makanan.  

Akhirnya, lahirlah sitkom 13 episod, 'Klik Riders' yang bakal ditayangkan di saluran Astro Warna pada 17 September ini menampilkan Zahiril Adzim, Bulan Terry, Jasmine Suraya, Anas Ridzuan dan Shariff Zero sebagai teraju utama serta dibantu pelakon undangan Dewa Sabri, Reshid Othman dan Joey Daud. 

Menurut Mamat, premis sitkom ini tertumpu pada sebuah kedai makan di mana penghantar makanan sering berkumpul sementara menunggu makanan yang dipesan pelanggan. 

“Sitkom ini cuba menonjolkan permasalahan yang terpaksa golongan ini lalui sewaktu membuat penghantaran makanan serta kerenah pelanggan apabila lambat membuat penghantaran. 

“Antara yang dipaparkan di dalam sitkom ini adalah masalah keluarga, kewangan, motosikal rosak dan cinta.  

“Malah, ada juga isu-isu semasa yang turut diselitkan apabila mereka berborak mengenai ekonomi negara, masalah pentadbir dan isu warga asing yang mahu menjadi penghantar makanan seperti mereka,” katanya kepada Portal Getaran. 

Kata Mamat, dia juga cuba membuat suatu pendekatan baharu dalam penyampaian komedi apabila menggunakan barisan pelakon yang tidak pernah tampil dalam drama atau filem arahannya sebelum ini.  

“Zahiril Adzim, Jasmine Suraya, Anas Ridzuan dan Shariff Zero adalah wajah baharu untuk produk karya saya. 

“Satu lagi percubaan yang saya lakukan apabila menampilkan elemen komedi dalam lakonan Zahiril Adzim, sedangkan sebelum ini dia lebih dikenali sebagai pelakon serius.

“Sitkom 'Klik Riders' ini berbeza dengan 'Kampung Pisang' yang pernah saya buat sebelum ini. Ia memang suatu pendekatan baharu dan diharap apa yang saya lakukan ini akan diterima penonton,” katanya. 

Jelas Mamat Khalid lagi, sikap positif kebanyakan penghantar makanan yang ditemui menarik perhatiannya untuk menghasilkan sitkom ini. 

“Majoriti mereka bercita-cita tinggi, rajin berusaha dan sentiasa mahu memperbaiki taraf hidup.  

“Disebabkan itu, mereka sangat fokus serta amanah dalam melaksanakan tugasan. Malah, mereka percaya bahawa kerjaya ini turut menyumbang kepada peningkatan ekonomi negara. 

“Di sebalik kekangan dan permasalahan yang dialami, mereka sentiasa positif dan inilah yang cuba saya angkat dan gambarkan dalam Klik Riders," katanya seraya memaklumkan penggambaran sitkom ini diadakan di studio FINAS, Ulu Kelang. - Getaran, 14 September 2021

Gambar: Astro

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Laju Sangat Abang Rider Pun...

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Pemandu Motosikal Atau Kereta Yang Salah...

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Kes Gaduh Penghantar Barang, Pengawal Keselamatan Selesai

4

Filem & TV 2 tahun yang lalu

Anak Mamat Khalid Teruskan Fenomena 'Barkoba' Dalam 19 Puasa

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN