web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerana Pandemik, Penduduk Kampung Permai Latah Dikuarantin 

Gelagat melatah dan pandemik latah  adalah subjek cuba diangkat MEGAPINE (M) menerusi  filem 'Kampung Latah Kena Kuarantin' yang menghimpunkan nama-nama selebriti yang kuat melatah.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 4:54PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bayangkan apa akan jadi apabila sebuah kampung dipenuhi dengan penduduk yang kuat melatah? Pasti gamat jadinya apabila mereka tidak habis-habis melatah.

Bayangkan pula apabila kampung ini dilanda sindrom melatah sehingga tidak dapat dikawal lagi? Pasti keadaan menjadi huru-hara! 

Gelagat melatah dan pandemik latah  adalah subjek cuba diangkat MEGAPINE (M) menerusi  filem tempatan pertama terbitan syarikat produksi itu, Kampung Latah Kena Kuarantin yang menghimpunkan nama-nama selebriti yang cukup terkenal dengan latah mereka. 

Penerbit Kampung Latah Kena Kuarantin, Hazil Izham Ismail yang mewakili Megapine (M) menzahirkan rasa teruja apabila filem itu telah pun menemui penonton Malaysia di Astro First pada 9 September lalu. 

“Sebagai Penerbit, kami sentiasa komited dalam mempersembahkan pengisian yang berkualiti dan lebih utama menawarkan naratif berbeza bagi menepati cita rasa penonton. 

“Idea menghasilkan Kampung Latah Kena Kuarantin ini hadir apabila mendapati aksi melatah amat dekat dengan masyarakat Malaysia; malah ia menarik perhatian umum sehingga mewujudkan kelompok peminat tersendiri. 

“Kami harap jalan cerita yang santai dan digabungkan dengan suasana gamat oleh barisan pelakon, mampu menghiburkan penonton seisi keluarga,” katanya.

Sementara itu,  Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, filem Kampung Latah Kena Kuarantin menawarkan jalan cerita segar dan sarat dengan babak komedi. 

“Malah, ia turut memaparkan nilai budaya dan adat resam masyarakat Melayu dalam berpantun dan majlis meminang. Ini sedikit sebanyak mendidik penonton untuk sentiasa menghargai dan berbangga dengan budaya kita. 

“Sebelum ini, gelagat latah banyak diketengahkan menerusi program 'Punchline DAC', 'Opocot Melatah' dan beberapa drama komedi, namun kali ini penonton dapat menyaksikannya menerusi filem di platform Astro First,” katanya. 

Kampung Latah Kena Kuarantin menjalani penggambaran di sekitar Janda Baik, Pahang dan diarahkan Azizi Chunk Adnan yang sebelum ini pernah menghasilkan filem komedi 10 Tips Tipu Bini

Azizi turut bertindak sebagai penulis skrip untuk filem ini yang idea asalnya datang daripada pelakon Nazia Mustafar.  

Pelakon utama yang terkenal dengan aksi latah di dalam filem ini adalah Azhan Rani, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah serta Nazia Mustafar sendiri.  

Selain itu, filem ini turut diterajui Elisya Sandha, Joey Daud, Bell Ngasri, Ropie, Didie Alias, Azlee Senario dan Wanns Ahmad. 

Filem ini diperhebatkan lagi dengan penampilan istimewa bintang-bintang popular tanah air seperti Datuk Awie sebagai Dukun Palermo, AR Badul (Tok Ketua), Ustaz Syamsul Debat (Bro Aji), Riezman Khuzaimi (Yang Berhormat Hazil), Roy Azman (Pembantu Makmal), Achong Sweet Child (Opera Cina) dan Mak Wan Latah (Mak Jenab). 

Sinopsis 

Filem ini mengisahkan tentang Kampung Latah Permai yang unik dan menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara kerana ia satu-satunya lokasi di dunia yang mempunyai penduduk ‘melatah’ yang ramai.

 Ajin (Azhan Rani) merupakan ketua pemandu pelancong untuk syarikat Latah Permai Travel & Tours bersama rakan kongsinya, Jamilah (Nazia Mustafar), Eton (Ieda Moin) dan Din (PS Mansur). Gelagat mereka sering menceriakan penduduk kampung dan juga pelancong. Dalam pada itu, Ajin menaruh perasaan terhadap Juanita (Elisya Sandha). 

Apoi (Joey Daud) telah menghantar rombongan meminang Juanita tetapi ditolak. Apoi bersama kuncu-kuncunya, Abon (Bell Ngasri) dan Anjang (Wanns Ahmad) cuba melakukan sesuatu kerana tidak berpuas hati. 

Selang beberapa hari kemudian, Kampung Latah Permai yang ceria tiba-tiba dilanda sindrom melatah yang tidak terkawal sehingga menimbulkan pelbagai kes merbahaya seperti melatah sehingga koma, ada yang meninggal dunia serta terbunuh rakan atau pasangan.  

Kampung Latah Kena Kuarantin dapat disaksikan dan dilanggan menerusi Pawagam Rumah Anda, Astro First yang sudah ditayangkan sejak 9 September lalu. - Getaran, 13 September 2021

Gambar: Astro Shaw 

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

2

Semasa 3 tahun yang lalu

CEO Disyaki ‘Orang Tengah’ Agih Projek RM92.5 Bilion Ketika Pandemik COVID-19 Ditahan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

COVID-19: Perincian Kesiapsiagaan Negara Berdepan Pengembara Luar Diumum 10 Januari

4

Semasa 3 tahun yang lalu

2022: Malaysia Selangkah Menuju Fasa Endemik COVID-19

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN