web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


D.P. Kisah Perang Emosi Dan Jerih Hirarki Maskuliniti

Gigih mengejar mereka yang ingkar perintah sambil dihantui emosi dan kisah silam bukanlah mudah. D.P. bukan siri Korea tentang cinta!

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2021 2:30PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Siri drama Korea terbaru ini bukan tentang cinta Adam dan Hawa. Atau Hawa (atau Adam) dan makhluk ajaib keturunan dewa dewi. 

‘D.P.’ (Deserters Pursuit) bercerita tentang realiti di Korea Selatan di mana belia lelaki di sana wajib mengikuti ‘military service’ atau latihan khidmat ketenteraan mandatori.

Contoh paling dekat dengan kita ialah National Service di Singapura. Pengecualian diberikan kepada beberapa golongan, termasuklah mereka yang kurang upaya atau mempunyai penyakit kronik. 

Latihan khidmat ketenteraan ini dianggap sebagai satu fasa hidup yang wajib dilalui untuk menjadikan seseorang itu ‘lelaki.’

Tetapi ia tidaklah mudah seperti Khidmat Negara yang pernah kita jalankan dahulu. Para belia lelaki di Korea Selatan benar-benar melalui latihan ketenteraan yang bukan sahaja berat dan membebankan tubuh badan, tetapi juga mental dan emosi. 

Cukup banyak berita di sana yang melaporkan tentang kes buli dan ragging melampau semasa latihan ini. Hirarki bermaharajalela di kem-kem latihan dan pantang ada kelemahan sikit pada pelatih, pasti akan dicela bertubi-tubi. Bayangkan, melalui semua ini selama hampir dua tahun. 

Diangkat daripada webtoon (komik dalam talian) ‘D.P. Dog’s Day’ karya Kim Bo Tong, yang turut menulis skrip ini, siri terbitan Netflix ini menjadi buah mulut penonton serata dunia. 

Ya, pelakon utamanya, Jung Hae-in memang cukup kacak. Kita sudah pernah melihat lakonannya di siri ‘A Piece of Your Mind’, 'One Spring Night', ‘Prison Playbook’ dan lain-lain lagi. 

Tetapi dalam ‘D.P.’, beliau cukup menyerlah sebagai Prebet Ahn Joon Ho yang kelihatan tabah dan tenang tetapi emosinya sebenarnya berkecamuk. 

Turut hadir dalam siri enam episod ini ialah Koo Kyo Hwan sebagai Koperal Han Ho Yeol, senior dan rakan setugas Ahn Joon Ho yang menambah elemen komedi kepada siri ini, Kim Sung Kyun sebagai Sarjan Kelas Pertama Park Bum Gu, penyelia Joon Ho dan Ho Yeol dan Son Seok Koo sebagai Kapten Im Ji Sup yang talam dua muka.

‘D.P.’ secara kasarnya berkisarkan tentang pasukan polis tentera yang ditugaskan untuk menangkap mereka yang ingkar perintah dan melarikan diri daripada khidmat tentera mandatori ini. Ahn Joon Ho telah terpilih untuk menyertai pasukan ini dan dipasangkan dengan Han Ho Yeol. 

Seperti yang telah dinyatakan di atas, keadaan latihan khidmat ketenteraan yang ‘membiak’ tabiat membuli dan 1,001 lagi hal toksik memberikan pelbagai sebab untuk para pelatih cabut lari. 

Kisah-kisah mereka yang ingkar perintah dan lari dari latihan diceritakan sepanjang 50 minit. Setiap episod menceritakan kisah berbeza. 

Bermula dengan kisah yang sedih dan mengejutkan pada episod pertama, ‘D.P.’ terus membuat penonton dilambung ombak pilu, risau, marah dan geram sepanjang lima episod seterusnya.

Penceritaan dalam setiap episod konsisten dan tidak bertele-tele. Namun, adakalanya sesetengah babak rasa seperti berlebih-lebihan, lantas membuatkan penonton berasa ‘letih’. Tetapi ia tidak mencacatkan siri ini secara keseluruhan. 

Tidak keterlaluan jika dikatakan ‘D.P.’ adalah antara siri drama Korea terbaik tahun ini. 

‘D.P.’ diarahkan oleh Han Jun Hee yang turut membantu menulis skrip siri ini. Pengarah Jun Hee sebelum ini telah mengarahkan filem drama aksi The Coin Locker Girl dan Hit-and-Run Squad. Ini adalah siri pertama arahan beliau.

Jujur, penulis sebenarnya tidak ada kesabaran untuk menonton drama bersiri apapun.

Tetapi untuk sebuah siri drama pendek begini, ‘D.P.’ membekas dan sesuai ditonton oleh mereka yang mahu mencuba menonton drama Korea tetapi tidak sukakan aksi ‘cinta-cinta’ yang sering diselitkan dalam drama-drama Korea ternama. - Getaran, 7 September 2021


 

Semua gambar: Ihsan Netflix

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kerajaan Terus Fokus Tambah Baik Kuarters Tentera, Polis Yang Uzur - PM

2

Semasa 5 bulan yang lalu

MINDEF Arah ATM Siasat Kegiatan Tidak Bermoral Di Kem Tentera

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

4

Filem & TV 1 tahun yang lalu

Penonton Terkejut Tonton Babak Seks Dalam Filem Abang Adik Versi Netflix, Ini Komen Jack Tan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN