web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


24 Jam Sehari, Suke TV Gabungkan Hiburan Dan E-Dagang

Menyedari masa depan TV dan penstriman digital, Datuk AC Mizal rebut peluang wujudkan platform Suke TV dengan menggabungkan hiburan dan e-dagang.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 6:32PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dengan kemunculan pelbagai platform penstriman secara digital (OTT) serta keghairahan pengguna untuk mengakses kandungan digital menerusi pelbagai jenis peranti terutama telefon pintar mereka, tidak hairanlah mengapa industri media dan hiburan menunjukkan peningkatan penggunaan yang tinggi pada saat pandemik COVID-19 menyerang dunia.

Biarpun ledakan penstriman digital ini dianggap mampu membunuh televisyen, namun ramalan itu ternyata hanyalah mitos semata-mata. Televisyen masih juga mencatatkan penggunaan kandungan yang tinggi. 

Menurut kaji selidik yang dilakukan Nielsen Media Malaysia pada 2020, Semenanjung Malaysia terus cemerlang dalam meraih tontonan televisyen yang tinggi. Menerusi kajian mereka, peningkatan positif Malaysia dalam rating televisyen dan masa tayangan (screen time) adalah sebanyak 9% dalam tempoh tiga bulan pertama 2020.

Manakala, MCMC dalam Buku Statistik Komunikasi dan Multimedia merekodkan peningkatan 2.7% (89.0%) pada 2020 berbanding 2019 (86.3%) dalam langganan televisyen berbayar dan penembusan bagi setiap 100 isi rumah.

Dalam tahun 2020 sendiri, kadar penembusan langganan televisyen bagi setiap 100 isi rumah meningkat daripada suku pertama sebanyak 87.3% kepada 89% pada suku akhir.

Dalam laporan Fakta dan Angka MCMC, Laporan Suku Pertama 2021, penembusan langganan televisyen telah meningkat sebanyak 2.2% pada tahun 2021 (91.2%) dari tahun 2020 (89.0%).

Pendapatan suku tahunan Media Prima baru-baru ini meningkat sebanyak 23.77% berbanding 2020 disebabkan pendapatan pengiklanan mereka terutamanya pengiklanan televisyen.

Peningkatan penggunaan televisyen dan jumlah penonton (viewership) ini turut membawa peralihan dan kemungkinan peningkatan pendapatan media dan hiburan melalui pendigitalan dan platform dalam talian. 

Senario ini telah membangkitkan semangat pelakon, pelawak, penyanyi dan penyampai TV, Datuk AC Mizal untuk mewujudkan stesen rangkaian penyiaran, Suke TV, yang telah pun dilancarkannya baru-baru ini. 

Selaku pengasas dan pengerusi Suke TV, AC Mizal berkata, Suke TV adalah rangkaian penyiaran 24/7 yang menyokong pengalaman hiburan dan membeli-belah. Suke TV mahu menyumbang dan mendedikasikan dirinya kepada selebriti tempatan, penghibur, PKS (perusahaan kecil sederhana) dan penonton.

“Dalam gambaran yang besar, Suke TV bukan sahaja dilihat sebagai rangkaian penyiaran semata-mata tetapi juga sebahagian daripada ekosistem industri. 

“Dengan trajektori positif yang dilihat ini,  Suke TV mahu menyediakan pengalaman Malaysia yang benar-benar moden yang menawarkan nilai melalui peralihan medium dari tradisional dan teater kepada digitalisasi pilihan on-demand dan perkhidmatan 24/7,” katanya. 

Menurut AC Mizal lagi, Malaysian Debt Ventures (MDV) menyediakan pembiayaan yang fleksibel untuk menyokong dan membangunkan pelbagai sektor ekonomi yang telah dikenal pasti dan diutamakan kerajaan sebagai enjin pertumbuhan masa depan. 

“MDV menyokong di setiap peringkat proses termasuk permulaan, peringkat pertumbuhan dan peringkat pengembangan.

“Terima kasih kepada SKMM atas kelulusan pelesenan serta MDV dan Lembaga Pengarah dan Pengurusannya kerana berdiri dan membiayai Suke TV sepanjang proses pembangunan ini," kata Datuk AC Mizal.

Kualiti unik Suke TV yang membezakannya daripada pemain industri lain adalah menerusi segmen hiburan mereka yang akan disiarkan sepanjang hari untuk menarik penonton dan meningkatkan jualan, perkongsian selebriti dan kandungan yang didorong kuasa bintang serta strategi platform dwi termasuk e-dagang dan hiburan.

Kandungan hiburannya memaparkan kandungan original daripada drama yang menyayat hati, program lawak yang menghiburkan dan sukan. Manakala Suke Shop adalah platform e-dagang dalam talian yang menawarkan pengalaman membeli-belah eksklusif dengan mudah dari sofa seseorang. 

“Penerimaan digital bererti mewujudkan pengalaman yang bermakna. Penting bagi kita untuk mencipta semula dan mengembalikan kualiti perkhidmatan dan penawaran. Oleh itu, kami percaya bahawa membeli-belah dari rumah menerusi televisyen dan dalam talian adalah masa depan shoppertainment,’ kata AC Mizal lagi. 

Suke TV juga yakin dengan keupayaan unik mereka untuk membantu PKS dan selebriti dengan cara yang tidak pernah dilakukan industri seperti mengiklan, mempromosi dan menyiarkan iklan untuk mempromosikan PKS. 

"Suke TV bukan sahaja mudah diakses tetapi mudah didekati juga. Kami ingin menyokong penduduk tempatan dengan menyediakan asas untuk penjual mikro tempatan serta PKS,” kata AC Mizal. 

AC Mizal juga mempunyai harapan yang besar terhadap Suke TV yang mempunyai matlamat untuk meraih 30 juta penonton menerusi perspektif unik terhadap hiburan. 

“Untuk rakyat Malaysia, apabila orang berfikir tentang 'tempat' gembira, mereka bakal memikirkan Suke TV dan itulah yang kita inginkan. Ini juga sebabnya kami memutuskan untuk menggunakan motto 'Kami membawa bahagia kembali!'

“Sebagai sebuah syarikat, Suke TV mahu meninggalkan legasi dengan memberikan kebahagiaan kepada rakyat Malaysia menerusi bakat dan kandungan luar biasa daripada industri media dan hiburan tempatan. Suke TV kebanggaan rakyat Malaysia untuk rakyat Malaysia,” katanya. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.suketv.com - Getaran, 6 September 2021

Gambar: Instagram @mysuketv dan @emyliadac

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN