web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Bayaran Tertinggi Selebriti Korea 2021

Bintang utama drama'My Love from the Star' terima bayaran termahal diikuti beberapa selebriti lain.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 5:37PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pelakon jelita Korea Selatan, Jun Ji Hyun dikatakan meraih  pendapatan paling tinggi di negara itu pada tahun ini dengan anggaran 17 bilion won (RM 61 juta).

Hasil laporan itu dikongsi program ‘Year-round Live’ yang disiarkan stesen televisyen KBS bagi membincangkan pendapatan diperoleh selebriti mereka pada tahun ini. 

Sangat mengejutkan, Jun Ji Hyun berada di tangga pertama setelah membintangi drama paling laris Korea Selatan, ‘My Love from the Star’ yang disiarkan pada 2013. Menerusi drama itu, aktres ini menerima bayaran 100 juta won untuk satu episod. 

Sejak itu, popularitinya terus melonjak sehingga menandatangani 25 kontrak iklan dan memperluaskan kerjayanya dengan pelbagai filem dan projek Netflix. Menurut laporan media pada 3 September lalu, bintang yang turut dikenali sebagai Gianna Jun ini meraih berbilion won hanya untuk iklan setiap tahun. Tahun ini, dia menjadi pilihan 16 jenama untuk tampil sebagai duta.  

Bukan hanya Jun Ji Hyun, pasangannya dalam drama ‘My Love from the Star’  iaitu Kim Soo Hyun juga menerima  tuah yang sama apabila menjadi selebriti kedua meraih pendapatan paling tinggi tahun ini. 

Untuk rekod, Kim Soo Hyun dibayar 200 juta won satu episod (RM 717,000) ketika menjayakan drama ‘It’s Okay to Not Be Okay’. 

Difahamkan, untuk projek akan datang, Soo-hyun bakal dibayar 500 juta won (RM 1.7 juta) satu episod. Secara purata, pendapatan pelakon itu dianggarkan mencecah 13 bilion won tahun ini.

Artis ketiga yang disenaraikan sebagai selebriti paling mahal menerima bayaran ialah Yoo Jae Suk. 

Rancangan  yang menjadikannya sebagai antara watak utama yang baharu diperingkat siaran percubaan sudah mendapat perhatian ramai sekali gus melayakkan dia menerima bayaran sebanyak 15 juta won untuk tiga episod. 

Kemudian, jumlah bayaran yang diterimanya daripada stesen televisyen juga meningkat iaitu kira-kira 25 juta won. Bagi kemunculannya dalam iklan, Jae Suk dikatakan berjaya meraih sebanyak 600 hingga 800 juta won. Pendapatan keseluruhan yang diraihnya tahun ini dikatakan mencecah 10 bilion won. 

Menduduki tangga keempat ialah pelakon Song Joong Ki dengan pendapatan 8 bilion won, diikuti  Lee Seung Ki  dengan 7 juta won,  Shin Dong Yup (5 bilion won) dan Song Hye Kyo  (4 bilion won). - Getaran, 6 September 2021

Gambar: Instagram Kim Soo Hyun, Yoo Jae Suk


 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 minggu yang lalu

Pasya Yakin Pentas Bersama Search Luaskan Pengaruh Karier Solo

2

Selebriti 2 minggu yang lalu

'Comeback' Azar Azmi Raih Lebih 1 Juta Tontonan, Netizen Sebak Lihat Kemunculan Semula Selepas 7 Tahun

3

Selebriti 2 minggu yang lalu

Zynakal Tampil Dengan Single Terbaharu "NIAT”

4

Selebriti 4 minggu yang lalu

Dulu Kejar Populariti, Kini Cari Reda Ilahi - Mahmud Ali Bashah

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 11 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN