web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Pengoperasian Pawagam Dibawa Ke MKN - Annuar

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, kerajaan bakal mengumumkan sesuatu berkaitan industri itu dalam masa terdekat.

Filem & TV Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Sep 2021 6:37PM

Gambar Hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Isu pawagam yang belum dibenarkan beroperasi telah dibawa ke Majlis Keselamatan Negara (MKN), menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Memetik ciapan Golden Screen Cinemas @GSCinemas yang memohon orang ramai mencadangkan pengoperasian semula pawagam kepada Annuar, beliau memaklumkan kerajaan bakal mengumumkan sesuatu berkaitan industri itu dalam masa terdekat.

“Ya, saya sedar keadaan pawagam-pawagam di Malaysia dan saya sudah bawa isu ini ke MKN bersama isu-isu lain berkenaan industri kreatif. Insya-Allah kerajaan akan mengumumkan sesuatu tidak lama lagi,” katanya menerusi ciapan itu.

Ciapan GSC yang meminta orang ramai mencadangkan pengoperasian semula pawagam itu adalah susulan inisiatif Annuar membuka ruangan di akaun Twitternya bagi orang ramai menyuarakan cadangan untuk menambah baik kementerian itu.

Persatuan Pemamer Filem Malaysia (MAFE) pada Rabu memohon kerajaan mempertimbangkan supaya pawagam dibenar beroperasi semula dan dibuka kepada mereka yang telah lengkap vaksinasi COVID-19.

MAFE menerusi kenyataan memaklumkan pengusaha kini menanggung kerugian melebihi RM600 juta selepas pawagam ditutup lebih setahun sejak Mac 2020 dengan lebih 20,000 pekerja industri turut terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Evakuasi Rakyat Malaysia Di Asia Barat Masuki Fasa Akhir 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

3

Teknovasi 2 tahun yang lalu

GSC Umum Perancangan Baharu, Mahu Pelanggan Nikmati Pengalaman Indah

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Skim PERKESO Bagi Pekerja Sektor Perfileman Akan Dilaksanakan Segera

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 10 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN