web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Perlu Rangka Pelan Pemulihan Jangka Panjang - Pakar Ekonomi

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Aug 2021 10:45AM

Satu perancangan kelangsungan ekonomi untuk tempoh lima hingga 10 tahun perlu ada supaya negara dapat keluar daripada krisis kesihatan yang melanda. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu merangka strategi atau pelan pemulihan jangka panjang untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara pasca pandemik COVID-19.

Menurut Pensyarah Keusahawanan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya Prof Madya Dr Aida Idris, sudah tiba masanya untuk kerajaan bersama-sama Majlis Pemulihan Negara yang ditubuhkan baru-baru ini menjana satu pelan yang membolehkan ekonomi Malaysia bergerak dalam satu jangka masa yang panjang.

“Saya melihat dengan penglibatan tokoh-tokoh korporat dalam majlis tersebut, satu pelan yang strategik dapat dirangka selaras dengan aspirasi Kemakmuran Bersama 2030,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Bagaimana Pemulih Memulih?’ terbitan Bernama TV, malam tadi.

Katanya satu perancangan kelangsungan ekonomi untuk tempoh lima hingga 10 tahun ke hadapan perlu ada supaya negara dapat keluar daripada krisis kesihatan yang melanda sejak tahun lepas sepenuhnya.

“Pakej-pakej yang diperkenalkan sebelum ini sememangnya bertepatan dalam membantu isi rumah dan golongan perusahaan kecil dan sederhana untuk menguruskan aliran tunai pada masa ini sahaja,” katanya.

Pensyarah Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia Prof Datuk Dr Azali Mohamed pula berkata walaupun pakej yang diperkenalkan sebelum ini amat penting untuk golongan tertentu, bantuan tersebut hanyalah untuk kelangsungan dan tidak mungkin dapat digunakan untuk tujuan simpanan dan pelaburan.

“Saya ragu pakej-pakej yang diperkenalkan ini dapat bertahan sehingga dua atau tiga tahun akan datang berikutan suntikan yang diberikan oleh kerajaan hanya untuk jangka masa pendek,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan akan mengumumkan kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan memperincikan langkah-langkah pemulihan ekonomi lain semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) dan Belanjawan 2022.

RMK-12 dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat pada 20 September 2021 manakala Belanjawan 2022 pada 29 Oktober 2021. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori