web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pakar Jangka KWSP Umum Dividen Lebih Tinggi

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Feb 2021 12:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen yang lebih tinggi berbanding dividen Amanah Saham Bumiputera (ASB) baru-baru ini.

Jika anggaran beliau tepat, pakar ekonomi Profesor Madya Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, ia akan menjadi satu sejarah kerana buat kali pertamanya, kadar dividen KWSP melangkaui kadar ASB.

“Kadar terendah dari KWSP sejak 20 tahun lepas adalah sebanyak 4.25 peratus pada 2002 dan yang kedua terendah adalah 4.5 peratus pada 2008. Saya tidak rasa KWSP akan umumkan dividen terendah dalam sejarah.

“Mungkin, KWSP akan mengisytiharkan kadar sebanyak 4.5 peratus, yang meskipun rendah berbanding dividen 2019, namun bukanlah yang paling rendah sejak 1962 (empat peratus),” jelas Razman yang mengajar di Sekolah Perniagaan Putra, Putra Business School, Universiti Putra Malaysia (UPM).

KWSP, tabung pencen ke-12 terbesar di dunia dengan bilangan pencarum sebanyak 14,587,811, dijangka mengumumkan dividen tahun 2020 pada Sabtu ini.

Dana itu pada tahun lalu mengisytiharkan kadar terendah dalam tempoh sedekad, iaitu 5.45 peratus kerana kelembapan ekonomi gara-gara pandemic COVID-19.

Pakar ekonomi kanan Bank Islam, Mohd Afzanizam Abd Rashid juga berpendapat kadar dividen KWSP akan berada dalam lingkungan 4.5 hingga 4.8 peratus.

“Kadar tersebut akan mencerminkan realiti semasa. Ia tahun (2020) kemelesetan ekonomi, ketidaktentuan sangat jelas. Risiko pelaburan tinggi pada tahun lepas,” katanya.

Jelas Afzanizam lagi, perancangan kerajaan dalam mendapatkan imuniti kelompok dari virus COVID-19 akan menentukan kerancakan pemulihan ekonomi negara.

“Walaubagaimanapun ekuiti-ekuiti dunia menunjukan prestasi terpuji buat masa ini. Secara teorinya, kadar dividen tahun 2021 patut lebih elok daripada kadar tahun 2020,” kata beliau. - Getaran, Februari 16, 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Akaun Fleksibel KWSP Bermula Baki Sifar Berkuatkuasa 11 Mei Ini

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

KWSP Umum Senarai Unit Amanah Yang Dikemas Kini Bagi 2024/2025

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PETRONAS Bayar Dividen RM40 Bilion Kepada Kerajaan Pada 2023

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori