web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Malaysia Dijangka Tumbuh Sekitar 5.2-5.9 Peratus Tahun Ini - Ambank Research

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Feb 2021 2:23PM

Orang ramai dilihat keluar membeli belah di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman pada cuti umum Tahun Baru Cina pada di Kuala Lumpur pada 13 Februari. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia diunjur pulih pada tahun ini dengan pertumbuhan sekitar 5.2 peratus hingga 5.9 peratus, demikian menurut AmBank Research pada hari ini.

Dalam nota penyelidikannya, ia berkata ini didorong oleh peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan perdagangan global, langkah-langkah bantuan rangsangan, usaha membendung penularan COVID-19 serta pelaksanaan langkah vaksinasi.

Jumlah pelaburan secara keseluruhannya juga diunjur meningkat dengan prospek sama turut dialami sektor-sektor utama dalam ekonomi, katanya.

“Oleh itu, peningkatan perbelanjaan modal dijangka berlaku pada tahun ini. Bagaimanapun, pertumbuhan bagi 2021 akan dijejaskan oleh peningkatan kes COVID-19 serta pelaksanaan langkah kawalan pergerakan pada Januari,” katanya.

Menurut AmBank Research, impak yang dapat dilihat pada suku pertama 2021 bagaimanapun kurang ketara berbanding kesan pelaksanaan kawalan pergerakan pada April 2020.

“Namun, kami masih bimbangkan keadaan perniagaan mikro, kecil dan sederhana. Atas alasan itu, KDNK tahun penuh 2021 dijangka sekitar 5.2 peratus hingga 5.9 peratus.”

AmBank Research berkata seperti dijangkakan, KDNK susut pada suku keempat 2020 – prestasi lebih rendah pada suku sebelumnya akibat peningkatan kes COVID-19 dan langkah kawalan bagi membendung penularannya.

Penguncupan KDNK suku keempat 2020 pada 3.4 peratus bagi tahun ke tahun sememangnya dalam jangkaan firma penyelidikan berkenaan iaitu sekitar -3.2 peratus dan -3.5 peratus berikutan semakan semula -2.6 peratus tahun ke tahun bagi suku ketiga 2020.

“Berikutan pertumbuhan negatif bagi tiga suku berturut-turut dengan (angka) terbesar pada suku kedua 2020 pada -17.1 peratus tahun ke tahun, KDNK bagi tahun penuh susut 5.6 peratus yang merupakan peningkatan daripada unjuran kami pada -5.5 peratus,” katanya.

Ini merupakan penguncupan terbesar pernah dicatatkan berbanding -7.4 peratus sewaktu krisis kewangan Asia pada 1998.

Selain itu, penurunan nominal KDNK sebanyak 6.3 peratus itu juga disebabkan oleh impak deflasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori