web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Indeks Pengeluaran Perindustrian Malaysia Melonjak 26 Peratus Pada Mei 2021

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 1:26PM

Output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 29.8 peratus pada bulan Mei. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia melonjak 26.0 peratus tahun ke tahun pada bulan Mei 2021, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata pertumbuhan IPP pada bulan Mei 2021 disokong oleh pengembangan dalam kesemua indeks merangkumi indeks pembuatan (29.8 peratus), indeks perlombongan (20.7 peratus) dan indeks elektrik (7.9 peratus).

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata output sektor pembuatan berdasarkan perbandingan tahun ke tahun meningkat 29.8 peratus pada bulan Mei selepas mencatatkan pertumbuhan 68.0 peratus pada bulan April 2021

Subsektor utama yang menyumbang kepada kenaikan sektor pembuatan pada bulan Mei 2021 adalah produk petroleum, kimia, getah dan plastik (34.8 peratus), produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (49.4 peratus) dan kelengkapan pengangkutan dan pembuatan lain (68.9 peratus).

Mohd Uzir berkata industri berorientasikan eksport menyumbang kepada pertumbuhan sektor pembuatan sebanyak 25.3 peratus manakala industri berorientasikan domestik meningkat 41.1 peratus.

Output sektor perlombongan mengembang 20.7 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Kenaikan tersebut didorong oleh peningkatan dalam indeks gas asli (30.9 peratus) dan indeks minyak mentah dan kondensat (8.6 peratus).

“Output sektor elektrik meningkat 7.9 peratus pada bulan Mei 2021 berbanding bulan yang sama pada tahun sebelumnya,” tambah beliau. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kazakhstan Beri Peluang Syarikat Malaysia Teroka Bidang Baharu

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Penduduk Malaysia Meningkat 2.3 Peratus, 34 Juta Untuk Suku Pertama 2024

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perbelanjaan Pelancongan Domestik Rekod RM23.8 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori