web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


580,000 PMKS Lumpuh Menjelang Oktober Jika Dilarang Beroperasi

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 07 Jul 2021 9:16PM

Seorang peniaga kedai runcit menunggu pelanggan dihadapan kedainya di Kuantan pada 17 Jun. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 580,000 atau 49 peratus daripada keseluruhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) berisiko lumpuh menjelang Oktober, sekiranya tidak dibenarkan kembali beroperasi sebelum tempoh itu.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata penutupan perniagaan itu yang kebanyakannya dikategorikan sebagai First Close, Last Open (FCLO) juga dijangka menjejaskan kira-kira 14 juta orang.

Katanya, kegagalan menyelesaikan isu terbabit akan memberi kesan buruk kepada landskap sosio-ekonomi negara, sekali gus menjejaskan kesejahteraan rakyat.

“Jika sesuatu tidak dilakukan untuk membantu mereka sekarang, saya bimbang ramai penggiat PMKS ini akan terkesan dan tidak berupaya membantu membina semula ekonomi sebaik perniagaan dibenarkan beroperasi nanti.

“Saya bimbang kegagalan perniagaan PMKS ini yang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 akan mewujudkan kesan domino dan menjejaskan masyarakat,” katanya.

Wan Junaidi berkata, data itu diperoleh hasil kaji selidik dijalankan MEDAC bagi mengukur kesan PKP 3.0 ke atas landskap keusahawanan di Malaysia.

Jelasnya, kaji selidik dijalankan selama dua minggu bermula 15 Jun itu, membabitkan seramai 6,664 responden dari seluruh negara.

Beliau berkata, hasil kaji selidik itu turut menunjukkan hampir 60 peratus usahawan, mengalami sekurang-kurangnya satu bentuk kesihatan mental semasa tempoh PKP 3.0

“Tiga faktor utama dikenal pasti mempengaruhi kesihatan mental peniaga, iaitu pengurangan dan kehilangan pendapatan, hutang serta kewangan sehingga memberi risiko kepada penutupan perniagaan.

“Lebih 90 peratus usahawan pula tidak mempunyai insurans, manakala 70 peratus tiada pendapatan apabila mereka kehilangan pekerjaan,” katanya.

Pada masa sama, Wan Junaidi berkata, kesan PKP itu bukan sahaja menjejaskan aspek ekonomi golongan berkenaan, malah memberi kepada aspek sosial mereka.

“Sudah tiba masanya untuk kerajaan melihat langkah holistik dalam menangani situasi COVID-19 di negara ini, selain daripada pelaksanaan sekatan penuh PKP,” katanya. - Getaran, 7 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Kerajaan Tidak Bercadang Laksana Semula PKP - Dr Dzulkefly

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Anjing Lumpuh Perlu Bantuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori