web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Malaysia Catat -5.6 Peratus Pada 2020 Susulan Pandemik - Perangkaan

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Feb 2021 3:04PM

Pekerja-pekerja kilang WRP Asia Pacific Sdn Bhd membuat sarung tangan getah di Bandar Baru Salak Tinggi pada 25 Januari. Sektor pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi pada suku keempat 2020. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mencatatkan penyusutan 3.4 peratus pada suku keempat 2020 dalam keadaan peningkatan ketara kes jangkitan COVID-19 sekali gus menjadikan prestasi keseluruhan tahun kepada -5.6 peratus berikutan perintah sekatan dan penutupan sempadan di peringkat global.

Sektor pembuatan merupakan penyumbang utama ekonomi pada suku keempat 2020 apabila mencatatkan pertumbuhan positif manakala perkhidmatan, perladangan dan perlombongan masing-masing mengalami penguncupan.

Ketua Perangkawan, Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata kali terakhir KDNK tahunan negara mencatatkan kemerosotan adalah pada 2009 dengan -1.5 peratus dan prestasi tahunan 2020 merupakan penyusutan kedua terbesar selepas 1998 pada -7.4 peratus akibat Krisis Kewangan Asia.

Bercakap pada sidang media pengumuman prestasi KDNK suku keempat 2020 pada Khamis, beliau berkata pertumbuhan lebih perlahan pada suku berkenaan disebabkan terutama oleh sekatan pergerakan yang lebih ketat selain gangguan bekalan komoditi.

“Bagaimanapun ia diimbangi oleh pertumbuhan berterusan dari segi permintaan luaran,” katanya.

Pertumbuhan ekonomi pada 2020 adalah sedikit lebih rendah berbanding dengan unjuran awal Bank Negara Malaysia (BNM) iaitu di antara -3.5 peratus dengan -5.5 peratus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kekosongan Jawatan Diiklankan Dalam Talian Meningkat 32.5 Peratus - DOSM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KDNK Terengganu Tahun Lalu Ke-5 Tercorot — Khairuddin

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori