web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


INFINITY8, Alternatif Untuk PKS, Syarikat Pemula

Selain boleh menikmati pelbagai fasiliti moden dan terkini, ruang kerja perkongsian ini juga membantu menjimatkan kos operasi.

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2024 8:54PM

Ruang kerja fleksibel seperti di INFINITY8 Medini Iskandar ini, kini menjadi pilihan pemilik syarikat dan usahawan berbanding kaedah konvensional.

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ruangan kerja yang fleksibel dan mampu milik kini semakin popular di kalangan pemilik syarikat di seluruh dunia. Ia seiring dengan trend berkerja dari rumah yang semakin diterima ramai.

Banyak syarikat yang tidak lagi mewajibkan pekerja mereka masuk ke pejabat pada setiap hari, melainkan ada perjumpaan penting atau tugasan yang melibatkan rekod-rekod manual yang tersimpan di pejabat.

Di Malaysia, terdapat banyak ruang kerja atau ‘workplace’ yang boleh ditempah atau disewa sekiranya anda ingin menggunakan fasiliti yang diperlukan oleh sebuah pejabat. Boleh tempah mengikut jam, hari, minggu mahupun bulanan.

INFINITY8 Reserve Mid Valley Southkey - The Vision Room
INFINITY8 Reserve Mid Valley Southkey - The Vision Room
INFINITY8 Reserve Mid Valley Southkey - Private Offices.
INFINITY8 Reserve Mid Valley Southkey - Private Offices.

Salah satunya ialah INFINITY8 yang mula beroperasi sejak 2017 lalu. Pada tahun ini, INFINITY8 telah mencapai kejayaan yang besar melalui penyediaan ruang tempat kerja yang maju dan penyelesaian perniagaan inovatif kepada rakyat Malaysia dengan memberi tumpuan kepada perkhidmatan terhadap usahawan-PKS dan pemula (start-up).

Sebagai tanda komitmen mereka kepada dua kategori syarikat ini, baru-baru ini INFINITY8 mengumumkan tentang pembukaan cawangan pertama mereka di Utara Malaysia, iaitu Pulau Pinang.

Dijangka dilancarkan pada tahun ini, ruang terbaru INFINITY8 terletak di dalam bangunan warisan  berusia 150 tahun yang telah dipulihara. Ruang ini menawarkan persekitaran kerja yang unik melalui gabungan warisan dan kemodenan bagi mewujudkan suasana yang memberi inspirasi.

Langkah pertama syarikat ke utara Malaysia dilengkapi dengan pelbagai ciri termasuk bilik mesyuarat berteknologi tinggi dan infrastruktur moden, lalu menempatkannya sebagai hab inovasi yang akan menetapkan piawaian baharu dalam reka bentuk dan keupayaan bekerjasama di Malaysia.

Pelancaran ini menandakan satu langkah penting dalam strategi pengembangan INFINITY8, kedua-duanya dalam meluaskan sokongan kepada komuniti perniagaan yang berkembang maju di Pulau Pinang dan sejajar dengan rancangan pertumbuhan yang lebih luas di bandar utama seperti Johor Bahru dan Kuala Lumpur pada 2024.

INFINITY8 kini mempunyai sepuluh ruang kerja bersama yang berpangkalan di Johor dan Kuala Lumpur.

INFINITY8 MyTOWN KL.
INFINITY8 MyTOWN KL.

Melangkah ke hadapan, jenama ini merancang untuk melangkah lebih daripada ruang kerja bersama lalu menceburi ke perkhidmatan korporat sepenuhnya.

Ini juga termasuk suite komprehensif perkhidmatan holistik yang terdiri daripada bahagian pengambilan, rekod majikan, penggajian, ruang kerja dan penyelesaian pejabat perusahaan untuk menyampaikan penyelesaian yang cekap dan disesuaikan untuk pelbagai keperluan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif INFINITY8, Sheah Liang Lee, berkata pihaknya menyedari perniagaan pada 2024 dan seterusnya dibina dengan cara yang berbeza berbanding beberapa tahun yang lalu.

Katanya, era ke hadapan ini memberi keutamaan kepada Kecekapan dan kepantasan.

“Untuk mencapai kejayaan masa kini, perniagaan harus memberi tumpuan penuh kepada fungsi teras mereka untuk kekal mendahului pasaran dengan penuh inovasi.

“Kadang kala perniagaan atau perusahaan baharu tidak mempunyai sumber untuk operasi bahagian belakang (back-end) atau peranti persisian yang perlu diselesaikan.

“Di sinilah rangkaian perkhidmatan penuh kami berperanan untuk menyokong perniagaan,” katanya.

Beliau berkata, INFINITY8 berbangga menjadi pemangkin kepada transformasi positif dengan pelbagai perniagaan mengaitkan pertumbuhan luar biasa mereka kepada perkhidmatan komprehensif yang mereka sediakan.

“Selain menyediakan ruang pejabat, syarikat ini juga berbangga dalam menyediakan rangkaian penyelesaian komprehensif yang disesuaikan dengan keperluan perniagaan di mana ianya semakin berkembang.

“Ini termasuk reka bentuk ruang kerja dan sokongan bahagian belakang teknologi termaju, secara kolektif membentuk semula cara PKS beroperasi dan berkembang maju dalam landskap perniagaan yang moden,” katanya.

PropertyGuru Asia Awards telah mengiktiraf INFINITY8 sebagai Best Coworking Space (Asia dan Malaysia) pada 2022, menambah baik kepada kedudukan mereka sebagai peneraju industri.

Dengan pelan pengembangan strategik yang dibentangkan sepanjang tahun 2024, syarikat ini menyasarkan untuk menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui kerjasama, inisiatif dan perkongsian yang sejajar dengan keperluan perniagaan yang semakin berkembang.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang INFINITY8, layari laman web mereka di https://www.infinity8.com.my/. – Getaran, 24 Mac 2024

Sorotan

1

Diperdaya Pelaburan Palsu, Pengarah Syarikat Rugi RM10 Juta

2

PRN Negeri Sembilan: Kerjasama PN & BN Jadi PBN - Hamzah

3

Lesen Di Malaysia Batal, Network School Pindah Ke Kazakhstan

4

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

5

Tadbir Urus Yang Baik, Kestabilan Politik Asas Kemakmuran Negara - Sultan Nazrin 

6

Terima Rasuah RM500, Ketua Balai Digantung Tugas 

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 jam yang lalu

Belanjawan 2027 Mula Dirangka, PM Berdepan Cabaran Subsidi, Tekanan Fiskal & Kos Sara Hidup

oleh Sophia Ahmad