web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Mahu LHDN Kutip Lebih Banyak Hasil Tahun Ini Berbanding Unjuran RM197 Bilion

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Mar 2024 1:33PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap merasmikan Hari Hasil 2024 di Menara Hasil Cyberjaya hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA -- Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dapat mengutip lebih banyak hasil pada tahun ini berbanding unjuran ditetapkan sebanyak RM197 bilion.

Perdana Menteri berkata, LHDN telah berjaya mencipta sejarah baharu kutipan cukai negara pada tahun lalu iaitu sebanyak RM183.34 bilion, melebihi RM7.8 bilion atau 4.49 peratus daripada jumlah kutipan pada tahun sebelumnya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pada hakikatnya, Malaysia masih mempunyai asas cukai yang rendah iaitu sekitar 11.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berbanding negara jiran lain seperti Singapura (12.6 peratus) dan Thailand (16.4 peratus).

Sehubungan itu, beliau menggesa syarikat dan individu untuk menjalankan tanggungjawab mereka dan tampil membayar cukai.

"Bilangan syarikat yang membayar cukai masih rendah iaitu sekitar 435,000 syarikat berbanding 1.5 juta syarikat berdaftar di Malaysia.

"Ini bermakna kurang daripada 29 peratus syarikat berdaftar yang membayar cukai," kata beliau pada Majlis Sambutan Hari Hasil ke-28 di sini, hari ini.

Beliau berkata, sehingga 31 Disember 2023, jumlah pembayar cukai individu adalah sebanyak 5.7 juta dengan hasil kutipan RM40.96 bilion dan bagi syarikat pula adalah sebanyak 539,113 dengan hasil kutipan RM98.77 bilion.

Anwar berkata, tidak menafikan langkah-langkah yang diambil oleh LHDN telah berjaya meningkatkan hasil negara.

Beliau berkata, peningkatan hasil kutipan cukai akan menguntungkan rakyat yang memerlukan.

"Peningkatan hasil daripada usaha LHDN, Jabatan Kastam Diraja Malaysia telah membantu menambah baik program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang telah digandakan bayarannya, sementelahan jumlah penerima melonjak kepada 700,000 berbanding 210,000 tahun lepas," kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata, pihaknya akan meluncurkan lima produk perkhidmatan digital baharu iaitu e-CKM (Cukai Keuntungan Modal), HASIL Tax HTB 2023, Profiling Information Systems (PINS), e- Sekatan Perjalanan dan Behavioural Insights Tools: Compliance Empowerment.

Beliau berkata, tumpuan akan diberikan kepada isu ketirisan cukai melibatkan individu yang mempunyai aset dan kekayaan yang tidak setimpal dengan pelaporan cukai, pendapatan dari Malaysia yang disimpan dalam akaun luar negara yang belum dilapor, transaksi rentas sempadan, harga pindahan domestik, aktiviti dalam talian dan kes-kes ekonomi bayangan.

"Perlaksanaan E-Invois juga adalah inisiatif utama HASIL pada tahun 2024," katanya. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik