web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MAB Terima 10 Trak Hi-lift Baharu Untuk Saji Semula Makanan Panas

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2023 4:16PM

Perkhidmatan sajian makanan panas di beberapa laluan penerbangan Malaysia Airlines terjejas oleh peralihan kontrak katering syarikat penerbangan itu baru-baru ini. - gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines Berhad (MAB) menerima 10 trak hi-lift baharu lebih awal daripada jadual yang akan membantunya memulihkan perkhidmatan sajian makanan panas di atas pesawat yang terjejas oleh peralihan kontrak katering syarikat penerbangan itu baru-baru ini.

MAB dalam satu kenyataan hari ini berkata ketibaan 10 lagi trak hi-lift dalam beberapa bulan akan datang, beserta dengan langkah-langkah proaktif yang diambil untuk meningkatkan dan memperhalusi komponen hidangan pra-pembungkusannya dalam tempoh sementara ini, akan memulihkan sepenuhnya perkhidmatan sajian penuhnya menjelang pertengahan November tahun ini.

“Sejak 11 Sept 2023,  MAB telah memperkenalkan semula sajian makanan panas ringkas untuk penumpang kelas perniagaan di laluan Bangkok dan Denpasar.

“Mulai hari ini, penumpang kelas ekonomi yang pergi ke Bangkok dan Denpasar, serta penumpang semua kelas kabin dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu, Kuching, Manila dan Hong Kong, juga akan dihidangkan sajian makanan panas,” katanya.

Sementara itu, syarikat penerbangan itu berkata penumpang kelas perniagaan yang menuju ke semua sektor Asia Selatan juga akan menikmati sate Malaysia Airlines yang terkenal, manakala bandar raya ASEAN lain akan dihidangkan makanan panas secara berperingkat.

"Penumpang yang menuju ke destinasi Asia Selatan, Asia Utara dan Australia yang lain akan terus menerima hidangan panas yang ringkas di atas pesawat," katanya.

MAB berkata trak hi-lift merupakan bahagian penting dalam keseluruhan proses makanan dalam penerbangan untuk menjaga kualiti makanan dan piawaian keselamatan dengan suhu yang betul, memelihara kesegaran makanan panas dan makanan biasa, sambil mengekalkan amalan dengan kawalan ketat sepanjang proses.

"Dengan ketiadaan trak hi-lift, MAB menangguhkan sementara penyediaan makanan panas untuk memastikan keselamatan makanan tidak terjejas," katanya.

Pada 1 Sept 2023, MAB memperkenalkan sajian makanan dalam penerbangan yang disesuaikan semula di laluan yang sebelum ini disediakan oleh bekas penyedia kateringnya termasuk kacang tanah dan minuman khasnya, makanan dan minuman ringan dalam bekas pakai buang.

“Perkhidmatan di laluan London, Auckland, Jeddah, Madinah, Osaka dan Haneda kekal tidak terjejas,” katanya.

MAB berkata telah menubuhkan pusat pengedaran sementara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menguruskan pengumpulan barangan makanan dan minuman oleh pembekal masing-masing dan mengangkat kotak makanan di atas pesawat melalui trak hi-lift.

Menurutnya, operasi pusat pengedaran itu mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia dan diluluskan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan bagi kebersihan, dan persekitaran yang memenuhi piawaian keselamatan dan kebersihan makanan.

Secara ringkas, kontrak katering yang telah lama terjalin antara MAB dan Brahim’s Food Services (BFS) berakhir pada 31 Ogos 2023, selepas rundingan antara kedua-dua pihak sejak suku keempat 2022 tidak mencapai kata putus.

“BFS pada awal Jun 2023, menyampaikan notis pemberhentian perkhidmatan kepada MAB berkuat kuasa 1 Julai 2023, sementara perbincangan masih diteruskan untuk kontrak baharu.

“BFS kemudiannya menarik balik notis itu dan bersetuju untuk melanjutkan perkhidmatan sehingga 31 Ogos 2023,” kata MAB. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia