web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aston Martin DB12 Dilancar, Harga Dari RM1.09 Juta Untuk Pasaran Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2023 9:17PM

Aston Martin DB12 - gambar Autobuzz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Aston Martin Kuala Lumpur hari ini secara rasmi melancarkan ‘super tourer’ pertama di dunia, Aston Martin DB12, untuk pasaran Malaysia, dengan harga bermula daripada RM1.09 juta tidak termasuk duti, cukai, opsyen dan pengubahsuaian.

Pengurus Besarnya Kumara Sooriar Sivanasan berkata pelancaran DB12 adalah bertepatan dengan ulang tahun ke-110 pengeluar kereta sukan mewah Britain itu dan 75 tahun barisan model DB.

"Aston Martin DB12 adalah tawaran menarik untuk peminat-peminat di Malaysia yang mana ia telah lama digemari oleh romantisnya sebuah ‘grand tourer’ (GT), dengan jalan raya yang menarik untuk pemanduan yang menakjubkan di dunia ini.

"DB12 ini mengangkat daya tarikan ke peringkat seterusnya dengan prestasi dan emosi pemanduan yang sesuai dengan label ‘super tourer’ luar biasa, semuanya disampaikan dengan kejuruteraan sofistikated yang sinonim dengan jenama Aston Martin," katanya di majlis pelancaran model tersebut.

Kumara seterusnya berkata kereta mewah itu akan diserahkan dalam tempoh lapan bulan daripada tarikh tempahan dengan konfigurasi dan pengubahsuaian lengkap.

DB12 dikuasakan oleh enjin 4.0 liter V8 Twin-Turbo yang ditala oleh jurutera Aston Martin, mencetuskan 680 kuasa kuda (HP) dan 800 newton meter (Nm).

Ini menghasilkan peningkatan 34 peratus prestasi yang ketara apabila dibandingkan dengan Aston Martin DB11.

Aston Martin DB12 kini tersedia untuk dilihat dan ditempah di Malaysia dan tempahan pula ditawarkan dengan jaminan lanjutan perlindungan sehingga 20 tahun. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan