web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pelaburan Infineon Bukti Malaysia Penting Dalam Rantaian Semikonduktor Global - PM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2023 3:38PM

Anwar Ibrahim - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Keyakinan berterusan syarikat semikonduktor dari Jerman, Infineon Technologies AG terhadap ekosistem pelaburan Malaysia mencerminkan kedudukan Malaysia yang penting dalam rantaian bekalan semikonduktor global. 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia menjadi pelengkap kepada Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA) dan fokus di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu iaitu untuk menarik pelaburan berteknologi tinggi dan bernilai tinggi bagi menyokong ekonomi global dan domestik. 

“Malaysia ialah hab penting bagi Infineon dalam pembuatan fabrikasi wafer (Kulim, Kedah) dan aktiviti pembungkusan semikonduktor cip (Melaka). 

“Ini terbukti melalui jumlah pelaburan sebanyak RM28 bilion yang telah dilakukan oleh syarikat di Malaysia sehingga kini,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook beliau hari ini. 

Perdana Menteri berkata beliau turut mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Infineon, syarikat yang telah beroperasi di negara ini selama 50 tahun (sejak 1973) semalam.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, Ketua Pegawai Operasi Infineon Technologies AG, Dr Rutger Wijburg turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat itu.  -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 3 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

2

Semasa 18 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

3

Semasa 3 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

4

Semasa 5 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ