web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Boustead Namakan Ahmad Nazim Rahman Sebagai Pengerusi Eksekutif

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2023 7:35AM

Ahmad Nazim Abd Rahman - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Boustead Holdings Bhd (BHB) menamakan Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif kumpulan, Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa hari ini untuk meneraju penstrukturan semula BHB.

Dalam kenyataan hari ini, BHB berkata Ahmad Nazim yang juga Ketua Eksekutif Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dilantik sebagai Pengerusi Bukan Bebas Bukan Eksekutif BHB pada 2 Mac 2023.

Berikutan kejayaan pengambilalihan oleh LTAT, pemegang saham tunggal terbesar BHB, saham dagangan BHB akan digantung pada Selasa (20 Jun) sebelum penarikan balik status penyenaraiannya daripada Senarai Rasmi Bursa Securities, selaras dengan perenggan 16.07 Keperluan Penyenaraian, menurut kenyataan itu.

Katanya kumpulan itu akan menjalani proses penstrukturan semula yang komprehensif melalui pelbagai usaha transformatif.

Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan BHB Izaddeen Daud berkata pelantikan semula ini akan memperkukuh kedudukan kepimpinan kumpulan, memberikan panduan yang lebih strategik dan keyakinan untuk kumpulan itu melakarkan masa depan lebih cerah.

“Penstrukturan semula BHB tepat pada masanya dan penting untuk memastikan kemampanan dan daya tahan kumpulan pada tahun-tahun akan datang. Pelantikan ini membolehkan kami mengoptimumkan portfolio dan memperuntukkan sumber kepada bidang perniagaan yang menawarkan pulangan lebih tinggi, memacu pertumbuhan mampan sambil memaksimumkan pulangan.

“Kami akan melaksanakan penjajaran strategi dengan LTAT dan berusaha ke arah satu tujuan bersama iaitu memastikan kemampanan LTAT sebagai sebuah tabung persaraan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia