web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Nilai Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Dalam Sesi Awal Urus Niaga

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 11:09AM

Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan perkembangan positif mengenai rundingan had hutang Amerika Syarikat (AS) - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal urus niaga pagi ini berikutan perkembangan positif mengenai rundingan had hutang Amerika Syarikat (AS).

Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6070/6110 berbanding dolar AS daripada penutupan Rabu pada 4.6105/6155.

Bagaimanapun, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sentimen berhati-hati mungkin muncul dalam pasaran pertukaran asing hari ini, sambil menambah gandingan USD/MYR dijangka kekal sekitar RM4.60-RM4.61.

Dalam pada itu, ringgit didagangkan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menyusut nilai menjadi 3.3099/3130 berbanding yen Jepun daripada 3.2951/2989 pada penutupan urus niaga Rabu, merosot berbanding euro kepada 4.9230/9273 daripada 4.9208/9261 sebelumnya dan rendah berbanding pound Britain kepada 5.7302/7352 daripada 5.6986/7048 semalam.

Berbanding mata wang Asean, ringgit juga diniagakan rendah.

Nilai ringgit turun berbanding baht Thai kepada 13.2839/3016 daripada 13.2440/2641 semalam dan lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.4065/4100 daripada 3.4036/4075 pada Rabu.

Mata wang tempatan bergerak hampir mendatar berbanding rupiah Indonesia pada 307.1/307.6 daripada 307.4/307.9 pada Rabu dan meningkat sedikit berbanding peso Filipina kepada 8.19/8.21 daripada 8.20/8.22 sebelumnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan