Berita Terkini

32 minit yang lalu: Bekalan dadah sintetik di Timur dan Tenggara Asia pada tahap ekstrem — Laporan UNODC 33 minit yang lalu: Punggung kanak-kanak tercucuk besi pagar rumah sedalam 15 sentimeter 10 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 10 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 10 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba

IKUTI KAMI


Inflasi Malaysia Meningkat Kepada 3.3 Peratus Bagi April 2023 - Perangkaan

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 2:28PM

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta pendidikan masing-masing merekodkan kenaikan 1.6 peratus, manakala minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut pula masing-masing meningkat sebanyak 0.6 peratus dan 0.5 peratus - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan kepada 3.3 peratus pada April 2023 dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 130.0 berbanding 125.9 pada bulan yang sama 2022, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan pada Jumaat, DOSM menjelaskan kenaikan inflasi di Malaysia kekal didorong oleh restoran dan hotel (6.6 peratus) serta makanan dan minuman bukan alkohol (6.3 peratus).

“Namun begitu, peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan pengangkutan iaitu 2.3 peratus berbanding yang dicatatkan pada Mac 2023 (2.4 peratus) sedikit sebanyak telah mengimbangi inflasi Malaysia daripada terus meningkat lebih tinggi,” tambah DOSM.

Jabatan itu memaklumkan kenaikan inflasi di Malaysia pada April 2023 turut didorong oleh peningkatan bagi kumpulan hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.0 peratus); pelbagai barangan dan perkhidmatan (2.5 peratus); kesihatan (2.1 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (1.8 peratus).

Perumahan, air, elektrik, gas dan bahan api lain serta pendidikan masing-masing merekodkan kenaikan 1.6 peratus, manakala minuman alkohol dan tembakau serta pakaian dan kasut pula masing-masing meningkat sebanyak 0.6 peratus dan 0.5 peratus, menurutnya.

DOSM menjelaskan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol menyumbang 29.5 peratus kepada keseluruhan wajaran IHP telah merekodkan peningkatan sederhana iaitu 6.3 peratus (Mac 2023: 6.9 peratus).

Daripada 230 item makanan dan minuman, 84.3 peratus telah merekodkan kenaikan harga berbanding pada April 2022, tambah jabatan itu.

Menurut perangkaan, komponen makanan di rumah menyederhana kepada 5.0 peratus pada April 2023 berbanding 5.6 peratus yang direkodkan bulan sebelumnya.

“Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) yang bermula pada 15 hingga 30 April 2023 selama 16 hari sedikit sebanyak telah meredakan inflasi komponen ini daripada terus meningkat,” tambahnya.

Seiring dengan kenaikan sederhana komponen makan di rumah, komponen makanan di luar rumah turut mencatatkan kenaikan yang lebih rendah kepada 8.1 peratus berbanding Mac 2023 (8.6 peratus).

“Menu Rahmah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sedikit sebanyak meredakan inflasi makanan di luar rumah daripada terus meningkat lebih tinggi,” jelasnya.

DOSM memaklumkan bagi inflasi di peringkat negeri, sembilan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras nasional 3.3 peratus dengan Kedah dan Wilayah Persekutuan Labuan masing-masing merekodkan peningkatan paling rendah sebanyak 2.0 peratus.

Walau bagaimanapun, hanya lima negeri merekodkan peningkatan melebihi paras inflasi nasional iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya (4.1 peratus), Sarawak (3.9 peratus), Selangor (3.8 peratus), Pahang (3.5 peratus) dan Perak (3.4 peratus).

DOSM menjelaskan inflasi keseluruhan secara bulanan pada April 2023 meningkat marginal kepada 0.1 peratus pada kadar yang sama yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.

“Ini disumbangkan terutama oleh pelbagai barangan dan perkhidmatan (0.4 peratus), pengangkutan (0.3 peratus) serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan (0.3 peratus),” menurutnya.

Inflasi teras mengukur perubahan harga barang dan perkhidmatan yang tidak termasuk item makanan segar yang tidak menentu dari segi harga serta barang dan perkhidmatan yang tertakluk dengan kawalan harga dari kerajaan meningkat lebih perlahan kepada 3.6 peratus (Mac 2023: 3.8 peratus), tambah jabatan itu.

DOSM memaklumkan kenaikan inflasi teras ini didorong terutama oleh peningkatan perlahan kumpulan makanan dan minuman bukan alkohol yang mencatatkan 7.2 peratus (Mac 2023: 7.5 peratus) serta restoran dan hotel (6.6 peratus) (Mac 2023: 7.2 peratus). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Ahli Ekonomi Berbeza Pendapat Berhubung Pemulihan Ekonomi Global - Laporan WEF

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan OPR Akan Naik Tidak Benar, Kadar Inflasi Masih Rendah

4

Ekonomi 2 bulan yang lalu

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Jualan Makanan Halal Negara Dijangka Capai RM50 Bilion Tahun Ini - Mohd Na'im