web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ekonomi Negara Berkembang 5.6 Peratus Suku Pertama 2023

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 May 2023 2:55PM

Ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 5.6 peratus pada suku pertama 2023, susulan didorong beberapa faktor, terutama permintaan dalam negeri - Gambar hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia terus berkembang pada kadar 5.6 peratus pada suku pertama 2023, susulan didorong beberapa faktor, terutama permintaan dalam negeri.

Bank Negara Malaysia (BNM) memaklumkan, pasaran pekerja yang bertambah baik dan peningkatan guna tenaga mantap dan upah terus meningkat, menyokong penggunaan swasta.

Malah, katanya, aktiviti pelaburan disokong pengembangan kapasiti dan projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan.

“Pelancongan ke dalam negeri yang terus pulih, meningkatkan eksport perkhidmatan dan sebahagiannya mengimbangi pertumbuhan eksport barangan yang lebih perlahan.

“Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan dan perkilangan terus memacu pertumbuhan. Pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 0.9 peratus bagi suku keempat 2022, iaitu -1.7 peratus,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurutnya, berhubung inflasi keseluruhan pada suku pertama tahun ini, ia menurun kepada 3.6 peratus, disebabkan terutama oleh inflasi teras sederhana dan harga minyak RON97 yang lebih rendah.

Pengurangan inflasi teras, iaitu pada kadar 3.9 peratus pada suku pertama 2023, sebahagian besarnya disumbangkan perkhidmatan terpilih, termasuk perkhidmatan telefon dan telefaks, makanan di luar rumah serta pembaikan dan penyelenggaraan pengangkutan persendirian.

Katanya, meskipun tekanan kos terus menjadi reda, terutama harga komoditi global, inflasi teras kekal tinggi pada suku pertama berikutan keadaan permintaan yang terus kukuh.

“Tekanan harga kekal meluas. Bahagian item Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan kenaikan harga bulanan kepada 56.0 peratus pada suku pertama dan hal ini sebahagiannya, mencerminkan pelarasan harga oleh syarikat yang lazimnya dilakukan pada awal tahun, selain kenaikan harga berterusan bagi beberapa item berkaitan makanan,” katanya.

Mengulas mengenai perkembangan kadar pertukaran, BNM berkata, keadaan kewangan domestik secara umumnya kekal stabil, meskipun wujud ketidaktentuan berhubung dengan prospek ekonomi global.

Ujarnya, jangkaan pasaran kewangan mengenai dasar monetary Amerika Syarikat (AS), dipengaruhi kebimbangan yang semakin meningkat terhadap ekonomi negara berkenaan.

Kebimbangan itu, katanya, termasuk kadar disinflasi dan kemampanan momentum ekonomi AS.

“Menjelang akhir suku pertama, risiko daripada tekanan sektor perbankan di AS dan Eropah menjejaskan lagi jangkaan pasaran. Kesannya, dolar AS secara umumnya menurun nilai berikutan perubahan sentimen berhubung dengan perkembangan ini dan mengurangkan penambahan nilai yang diperoleh pada separuh pertama suku pertama.

“Berlatarkan persekitaran ini, ringgit terus mencatatkan pergerakan dua hala dengan peningkatan keseluruhan kecil, iaitu sebanyak 0.1 peratus berbanding dengan dolar AS pada suku pertama tahun 2023.

“Pada masa hadapan, BNM akan terus memantau dengan teliti keadaan kewangan global dan domestik serta memastikan pelarasan pasaran kewangan adalah teratur,” katanya. – Getaran, 12 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan