Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Ahli Ekonomi Gesa Cukai Luar Jangka Ke Atas Industri Raih Manfaat Daripada COVID-19

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 4:59PM

Profesor Dr Jomo - Gambar dari Social Science Research Council

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu mempertimbangkan untuk melaksanakan cukai luar jangka ke atas industri yang mendapat manfaat yang besar daripada krisis COVID-19, menurut Penasihat Kanan Institut Penyelidikan Khazanah Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram.

“Ini merupakan masa yang tepat apabila kita perlu melakukan pembaharuan kepada cukai, seperti kita mempunyainya (cukai luar jangka) sepanjang masa dalam persekitaran kenaikan harga petroleum atau harga minyak sawit yang luar biasa.

“Mengapa tidak untuk jenis industri yang lain?” kata pakar ekonomi terkemuka itu pada perbincangan panel yang diadakan bersempena webinar Kumpulan Bank Dunia bertajuk, “Aiming High: Promoting Inclusion and Financing Shared Prosperity” hari ini.

Ditanya masa yang sesuai untuk memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Jomo berpendapat sekarang adalah masa yang terbaik untuk memperkenalkan cukai yang tidak menjana pendapatan dengan segera berikutan ramai yang terjejas disebabkan pandemik.

“Mengenai pembaharuan cukai, dalam situasi seperti ini, ini adalah masa yang terbaik untuk memperkenalkan cukai yang tidak menjana pendapatan dengan segera.

“Kita tidak menjana pendapatan daripada cukai semasa krisis,” katanya.

Kementerian Kewangan telah memberitahu persidangan Dewan Negara pada Disember tahun lepas bahawa kerajaan tidak bercadang untuk mengenakan levi keuntungan luar jangka ke atas pengeluar sarung tangan getah yang telah menikmati keuntungan luarbiasa daripada permintaan yang tinggi dan harga jualan sarung tangan getah di seluruh dunia, begitu juga perniagaan lain yang mendapat keuntungan berikutan pandemik tersebut.

Menjawab soalan sama, Felow Penyelidikan Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa Muhammed Abdul Khalid berkata penggubal dasar cenderung untuk mengabaikan penguatkuasaan cukai keuntungan modal daripada GST apabila berkaitan isu pembaharuan cukai.

“Cukai perlu adil... dan kita tidak pernah membincangkan mengenai keperluan untuk mengenakan cukai keuntungan modal,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammed berkata aspek yang paling penting ialah memastikan tadbir urus yang baik dan wang pembayar cukai digunakan dengan baik oleh pihak berkuasa.

Mengenai rangka kerja cukai semasa, Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia Norhana Endut berkata kapasiti kutipan cukai kerajaan tidak sejajar dengan pertumbuhan ekonomi.

“Dasar cukai Malaysia atau cukai kepada nisbah Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) telah berada pada aliran penurunan dalam jangka sederhana. Ia merosot kepada 12 peratus pada 2019 daripada 15.6 peratus pada 2012,” katanya.

Norhana berkata cukai pendapatan individu Malaysia juga terus daripada kumpulan pembayar cukai yang kecil.

Misalnya, katanya pada 2018, dalam kalangan tenaga kerja seramai 15 juta orang, hanya 2.5 juta adalah pembayar cukai.

“Dengan ini, memperluas asas cukai perlu menjadi keutamaan dalam jangka sederhana,” katanya sambil menambah insentif dan pengecualian cukai sedia ada perlu dikaji semula secara berkala berikutan sebahagian daripadanya telah ketinggalan zaman dan tidak berkesan.

Mengenai pelan untuk memperkenalkan cukai baharu, Norhana berkata cukai baharu itu perlu cekap, mudah, adil dan progresif dengan mekanisme menyalurkan semula yang berkesan, selain meningkatkan produktiviti ekonomi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Malaysia Merekodkan 11.5 Bilion Transaksi E-Pembayaran Pada 2023

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

BNM Fokus Tingkatkan Kekukuhan Ekosistem Kewangan Islam Tahun Ini

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

BNM Pastikan Pendirian Dasar Monetari Kekal Kondusif Untuk Pertumbuhan Mampan Ekonomi Negara

4

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Google Sekali Lagi Siar Data Kadar Pertukaran Asing Ringgit Tidak Tepat - BNM

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 12 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini