web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Persatuan Peruncit Gesa Fikir Semula Cadangan Cukai Barangan Mewah

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Mar 2023 9:39PM

Produk mewah, seperti kereta 'sports', yang harganya sangat mahal sepatutnya mencukupi untuk memenuhi kriteria cukai barangan mewah. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persatuan peruncit-peruncit utama tempatan secara kolektif menggesa kerajaan memikirkan semula dan menarik balik cadangan bagi mengenakan Cukai Barangan Mewah.

Mengenakan Cukai Barangan Mewah mungkin menjadikan harga di Malaysia tidak kompetitif dan berkemungkinan menghalang ketibaan pelancong, menurut satu kenyataan media bersama yang dikeluarkan oleh persatuan-persatuan itu hari ini.

Selain itu, ia akan menjadikan rakyat Malaysia tertarik untuk membeli di luar negara dan menyebabkan berlakunya pengaliran wang keluar negara, kata mereka.

“Ini adalah cadangan yang merugikan - kehilangan ketibaan pelancong asing dan kehilangan rakyat Malaysia daripada membeli dalam negara, ditambah pula dengan kehilangan pertukaran asing.

“Walaupun mekanisme boleh direka untuk pelancong asing menuntut balik cukai barangan mewah itu, rakyat Malaysia pula akan tertarik untuk membeli-belah di luar negara.”

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Persatuan Pusat Beli-belah Malaysia, Persatuan Pelancongan BBKLCC Kuala Lumpur, Persatuan Peruncit Jalan Batu, Pertubuhan Peruncit Bumiputra, Persekutuan Persatuan Perniagaan Malaysia, Industries Unite, Persatuan Peruncit Malaysia, dan Persatuan Rantaian Runcit Malaysia.

Mereka mengatakan hanya produk mewah yang harganya sangat mahal sepatutnya mencukupi untuk memenuhi kriteria (cukai barangan mewah) jika falsafah ekonomi adalah untuk mengenakan cukai kepada orang kaya.

“Barang-barang besar seperti kereta mewah, motosikal lumba, kapal layar dan kapal terbang boleh dipertimbangkan,” kata mereka, sambil menambah pendekatan holistik harus diambil yang akan mengimbangi antara risiko dan ganjaran serta kesan pengganda melalui aktiviti perniagaan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Dalam Belanjawan 2023, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mencadangkan untuk memperkenalkan cukai barangan mewah mulai tahun ini, dengan nilai tertentu terhad kepada jenis barangan, termasuk jam tangan dan barangan fesyen bagi meningkatkan hasil negara. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Kenyataan Awesome TV Biadab, Gesa Mohon Maaf Secara Terbuka - Persatuan Filem

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Cukai Barangan Mewah Bukan Alternatif Kepada GST - Kementerian Kewangan

3

Semasa 3 tahun yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

4

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan