web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Semakan Semula Belanjawan 2023 Perkukuh Kedudukan Malaysia Di Peringkat Global - MRANTI

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Feb 2023 12:36PM

Melalui inovasi dalam bidang baharu dan sokongan kerajaan dalam perkara berkaitan perancangan dan dasar, Malaysia boleh menjadi destinasi pelaburan yang menarik. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2023 yang disemak semula dapat mengukuhkan kedudukan Malaysia di peringkat global dalam bidang utama -- kelestarian alam sekitar, kesihatan dan keselamatan makanan, dengan inovasi sebagai pemboleh teras, menurut Malaysian Research Accelerator for Technology & Innovation (MRANTI).

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dzuleira Abu Bakar berkata peruntukan sebanyak RM428 juta untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi serta Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menangani cabaran sektor dan kemasyarakatan adalah tepat pada masanya.

“Ia akan memacu inovasi berdasarkan ‘teknologi impak’ dalam sektor perindustrian utama, untuk pembangunan mampan dan kesejahteraan rakyat, dengan mentransformasikan idea dan inovasi kepada impak.

“Melalui inovasi dalam bidang baharu dan sokongan kerajaan dalam perkara berkaitan perancangan dan dasar, Malaysia boleh menjadi destinasi pelaburan yang menarik,” katanya dalam kenyataan.

Dzuleira berkata langkah kerajaan untuk menyokong syarikat pemula kemampanan dan syarikat teknologi hijau dengan pembiayaan sebanyak RM2 bilion akan membantu MRANTI menarik dan mengupayakan syarikat dengan prinsip sedemikian.

“Langkah strategik ini akan membantu Malaysia membezakannya dalam pasaran global berikutan terdapat keperluan mendesak di seluruh dunia untuk penyelesaian yang mendukung kesihatan planet,” katanya.

Beliau berkata dalam teknologi pertanian, geran padanan sebanyak RM50 juta untuk menggalakkan automasi sektor perladangan melalui penggunaan robotik dan kecerdasan buatan merupakan instrumen penting untuk meningkatkan pertumbuhan Malaysia dalam industri teras.

“Subsidi dan insentif kerajaan untuk industri pertanian dan perikanan serta pelaksanaan pelbagai inisiatif untuk menambah baik bekalan makanan, termasuk hasil pertanian segar berteknologi tinggi untuk pengusaha agromakanan dalam Belanjawan 2023 akan turut membantu mengukuhkan daya saing Malaysia dalam bidang ini,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Ekonomi, Teknologi AI Mampu Berkembang Jika Kerajaan Laksana 3 Perkara

2

Semasa 3 tahun yang lalu

RUU Perbekalan 2023 Dibentangkan Untuk Bacaan Kali Kedua Di Dewan Negara

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Umum 4 Inisiatif Tambahan Belanjawan 2023

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Peruntukan Belanjawan 11 Kementerian Diluluskan Pada Minggu Keenam Sidang Dewan Rakyat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan