web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pos Malaysia Akan Teruskan Momentum Positif

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Apr 2021 4:05PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) akan fokus untuk meneruskan momentum positif yang dicatatkan pada suku ketiga bagi tahun kewangan 2020.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Syed Md Najib Syed Md Noor berkata waktu puncaknya adalah pada April 2020 apabila Pos Malaysia mencatatkan sebanyak 13 juta bungkusan, jumlah tertinggi yang pernah diterima dalam sejarah.

"Kami mempunyai hampir 1.400 penghantar (bekerja secara bebas) untuk menyokong 3,000 kakitangan penghantaran kurier kami, termasuk pekerja ibu pejabat dan posmen yang juga membantu dalam pengiriman bungkusan," katanya dalam Laporan Tahunan Pos Malaysia Tahun 2020.

Syed Md Najib berkata kenaikan aktiviti berbelanja dalam talian meningkatkan permintaan untuk perkhidmatan kurier dan pendapatan Pos Malaysia melonjak secara signifikan pada suku kedua dan ketiga bagi tahun kewangan 2020.

"Setelah gelombang pertama pandemik COVID-19 dapat dikawal dan perniagaan dibuka semula, segmen yang pada awalnya dipengaruhi oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan pemulihan berlaku dengan pantas.

"Kenaikan tarif mel yang berlaku pada 1 Februari, 2020 juga memberikan peningkatan yang signifikan bagi hasil kasar kami, tambahan RM150 juta kepada pendapatan untuk untuk tahun 2020," katanya.

Pos Malaysia juga mencatatkan keuntungan operasi dua bulan pada bulan Jun dan Julai tahun lalu.

Selain itu, operasi kurier kembali kepada kedudukan normal, membolehkan Pos Malaysia menguasai kembali bahagian pasaran dalam segmen e-dagang.

"Kami akan terus meningkatkan rangkaian pengiriman bungkusan kami dan terus memanfaatkan penggunaan automasi.

"Kami mensasarkan untuk mempercepatkan digitalisasi perkhidmatan runcit kami dan pada masa yang sama Pos Malaysia merasionalisasikan ‘touchpoints’ pos dan pusat pemprosesan kami, mengubah infrastruktur dan aplikasi teknologi maklumat dan komunikasi kami," katanya.

Sementara itu, Pos Aviation akan terus berhati-hati dalam menguruskan kos, sementara Pos Logistics akan meneruskan inisiatif transformasinya dengan mengurangi operasi pengangkutan, mengembangkan logistik automotif serta meningkatkan kualiti dan kebolehpercayaan perkhidmatannya.

"Segmen logistik kami seharusnya mendapat manfaat daripada pengecualian cukai jualan ke atas kereta sehingga Jun 2021 oleh kerajaan," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Tumpu Usaha Turunkan Harga Bahan Mentah - Anwar

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Malaysia Dijangka Laksana Kaedah Percukaian Dua Tonggak Pada 2024 - Tengku Zafrul

3

Gaya 3 tahun yang lalu

Sertai Wadah Fesyen Digital Pertama Selangor!

4

Ekonomi 4 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Laksana Transformasi Ekonomi Struktur Asas - Bank Dunia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori