Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Perlu Laksana Transformasi Ekonomi Struktur Asas - Bank Dunia

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Mar 2022 2:14PM

Manuela V Ferro

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia perlu melaksanakan transformasi ekonomi struktur asas untuk melonjakkan pertumbuhan produktiviti, demikian menurut Bank Dunia.

Naib Presiden Serantau Asia Timur dan Pasifik Manuela V Ferro berkata walaupun Malaysia telah melakukan usaha yang agak baik daripada negara serantau yang lain, namun negara ini masih ketinggalan berbanding rakan aspirasi globalnya yang merekodkan hampir tiga kali ganda tahap produktiviti.

“Selain itu, terdapat variasi ketara dalam tahap produktiviti dalam kalangan firma di Malaysia.

“Anggaran prapandemik mencadangkan bahawa firma yang lebih kecil secara umumnya ketinggalan dengan ketara di belakang rakan setara mereka yang lebih besar,” katanya sambil menambah firma dengan pengagihan produktiviti 25 peratus teratas adalah hampir 12 kali lebih produktif daripada yang berada di 25 peratus terbawah.

“Pandemik telah memburukkan lagi perbezaan ini,” katanya.

Ferro berkata dalam beberapa tahun kebelakangan ini, perbelanjaan untuk aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia telah menurun selepas peningkatan yang berterusan sehingga 2016.

Perbelanjaan awam kasar untuk R&D telah susut daripada 1.4 peratus keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2016 kepada 1.0 peratus daripada KDNK pada 2018.

“Ini tidak mencapai matlamat yang dijangkakan Malaysia iaitu 2.0 peratus daripada KDNK dan purata Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD)  sebanyak 2.6 peratus,” katanya.

Bank Dunia juga mendapati firma Malaysia juga berkemungkinan kurang berbelanja untuk R&D berbanding syarikat serantau mereka.

“Penglibatan kami dengan kerajaan telah memberi kami peluang untuk melihat bidang dasar yang berkaitan untuk membantu dalam merangka laluan ke hadapan.

“Salah satu aspek yang kami fokuskan dalam kerja kami baru-baru ini adalah berkaitan dengan peningkatan sumbangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia,” kata Ferro.

Berdasarkan analisis yang dijalankan dalam ‘Kajian Semula Program PKS’, Bank Dunia berkata Malaysia boleh mempertimbang menyelaraskan semula sokongan awamnya terhadap PKS untuk bukan sahaja membolehkan pemulihan yang diterajui sektor swasta daripada pandemik tetapi juga menyokong inovasi peringkat firma.

Satu lagi kajian Bank Dunia bertajuk ‘Penilaian Ekosistem Pembiayaan Permulaan Malaysia’ mendedahkan aktiviti modal teroka Malaysia secara relatifnya rendah berbanding rantau ini, terutama berhubung dengan tahap pembangunan ekonominya.

Sementara itu, penilaian terhadap keberkesanan institusi penyelidikan awam mendapati walaupun perkaitan antara akademik dan industri telah meningkat dari semasa ke semasa, secara amnya ia kekal lemah, justeru menjejaskan pengkomersilan hasil penyelidikan.

“Adalah sesuatu yang amat menggembirakan untuk melihat sebagai tindak balas kepada cadangan laporan itu, kerajaan menubuhkan Unit Pengurusan Penyelidikan untuk mengorientasikan semula program pemindahan teknologi dan pengkomersilannya agar lebih responsif kepada keperluan industri,” kata Ferro.

Berdasarkan laporan berkenaan, Bank Dunia mengesyorkan kerajaan untuk meningkatkan penggubalan dasar berasaskan bukti untuk pembangunan PKS dengan meningkatkan pemantauan dan penilaian program kerajaan serta penyelarasan antara agensi; menyusun semula program PKS untuk menyokong keperluan pendigitalan dan peningkatan kemahiran; dan mengimbangi semula campuran dasar ke arah peringkat idea dengan program yang melibatkan pelaburan swasta. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 10 bulan yang lalu

TikTok Labur RM56.61 Juta Bantu PKS Berniaga Dalam Talian

2

Semasa 1 tahun yang lalu

MBOT Disaran Fokus R&D Tingkatkan Hasil Komoditi Tani - Fadillah

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Elektrik Pengguna Domestik, PKS Dikekalkan – Nik Nazmi

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Urus Hutang Negara Dengan Baik, Gunakan Secara Produktif - Pakar Ekonomi

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini