web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sertai Wadah Fesyen Digital Pertama Selangor!

Sidec umum Anugerah Top ECM 2022 bersama ‘Selangor Fashion Accelerator’ pertama.

Gaya Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jun 2022 2:05PM

oleh

Zaidi Che

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) telah mengembangkan ekosistem digital di negeri industri ini, di samping berfungsi sebagai platform untuk syarikat pemula (startup) dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan untuk berkembang maju.

Sidec komited bagi membina ekonomi digital dan ekosistemnya dengan memupuk dan mendigitalisasikan PKS tempatan, seiring dengan wawasan Selangor untuk menjadi ‘Negeri Pintar’ di peringkat ASEAN menjelang 2025.

Susulan kejayaan Malaysia Top E-Commerse Merchant Awards selama enam tahun berturut-turut, Sidec turut mengumumkan edisi terbaru Anugerah Top ECM 2022 (Top EMC 2022) dengan sokongan Affin Bank selaku penaja utama dan Subplace sebagai platform e-dagang rasmi.

"Bertujuan memberi ganjaran kepada peniaga e-dagang tempatan, bermula pada 2016, hanya 60 peniaga mengambil bahagian. Pada 2021, jumlahnya meningkat kepada 181 peniaga dan menjana jualan sebanyak RM47 juta!” kata Yong Kai Ping, Ketua Pegawai Eksekutif Sidec.

Sidec yang dalam misi merangkul dunia e-dagang ini turut menganjurkan program Selangor Fashion Accelerator 2022 (SFA 2022) yang pertama.

Barisan juri SFA 2022 (dari kiri) Rasta Rashid, Bon Zainal Harun, Datuk Hasan Azhari, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wong Kai Ping, Melinda Looi, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, YM Datuk Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Wong Lee Leng.
Barisan juri SFA 2022 (dari kiri) Rasta Rashid, Bon Zainal Harun, Datuk Hasan Azhari, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Wong Kai Ping, Melinda Looi, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, YM Datuk Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail, Wong Lee Leng.

SFA 2022: Membawa fesyen tempatan ke tahap lebih tinggi dengan wadah digital

Sidec juga mengambil langkah untuk membantu perusahaan fesyen baharu untuk berkembang maju dari segi potensi jualan dan pelaburan melalui SFA 2022.

Program selama dua bulan ini akan membawa 16 usahawan fesyen tempatan ke tahap pelaburan dengan menyediakan bimbingan mentor dan bengkel fesyen yang menyeluruh.

SFA 2022 bertujuan bagi membantu mereka membangunkan ekosistem fesyen digital yang mampan bagi meningkatkan pengiktirafan kepada jenama fesyen mereka.

“Kami memutuskan fesyen sopan (modest fashion) sebagai tema utama yang akan memberi fokus pada pakaian sedia-pakai (ready-to-wear) dengan sentuhan elemen moden dan minimalis.

“Kami ingin memberi pendedahan dan mengiktiraf usahawan fesyen tempatan atas sumbangan dan kerja keras mereka selama ini,” tambah Yong.

Menariknya, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai antara barisan juri. Beliau sangat menyukai fesyen sehingga mengasaskan jenamanya sendiri iaitu Creacion pada 2016 dan Afiya pada 2021.

SFA 2022 akan merangkumi bengkel yang disusun khas dan sesi bimbingan yang dipimpin oleh barisan profesional dari industri fesyen tempatan.

Dijalankan secara hibrid (dalam talian dan bersemuka), program ini merangkumi modul seperti kemahiran asas, kesesuaian produk dalam pasaran, pengurusan jenama dan pemasaran digital. 

Modul-modul lain seperti cara berurusan dengan pembekal dan pengilang serta membina identiti jenama turut ditawarkan.

Seramai 16 peserta akhir akan menerima latihan bermula dari 1 Ogos sehingga 23 September 2022. Hanya enam akan terpilih untuk sesi bersama pelabur di Hari Demo pada 8 Oktober 2022.

“Kami menyediakan penyelesaian digital untuk membantu pereka fesyen tempatan dan PKS ini membina perusahaan mereka.

“Pandemik sememangya menguji mereka dan kami perlu memberi dorongan dan mengajar mereka ke arah pendigitalan,” akhiri Yong.

Bagi pereka fesyen yang ingin menyertai program ini, layari SFA 2022 untuk pendaftaran sehingga 15 Julai 2022. - Getaran, 28 Jun 2022

Gambar: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kematian Pegawai Kanan Polis Tiada Unsur Jenayah - Shazeli

3

Usahawan 2 bulan yang lalu

Capal Jago Kepala Batas: Warisan 6 Dekad Jadi Pilihan PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Selangor Taja 75 Individu Tunai Ibadah Haji Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan