web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Anwar Akan Saksikan Pemeteraian MoU Antara MIDA, BIA Di Brunei

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jan 2023 9:01PM

Dr Zambry Abdul Kadir berkata MoU itu merupakan susulan daripada Lawatan Khas Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 November 2022 iaitu selepas Anwar dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANDAR SERI BEGAWAN - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Lembaga Pelaburan Pembangunan Malaysia (MIDA) dan Agensi Pelaburan Brunei (BIA) dalam lawatan rasmi ke Brunei selama dua hari bermula esok.

Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata MoU itu merupakan susulan daripada Lawatan Khas Sultan Brunei ke Malaysia pada 28 November 2022 iaitu selepas Anwar dilantik secara rasmi sebagai Perdana Menteri Malaysia.

“Ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk meneroka potensi pelaburan yang turut menjadi kepentingan bersama,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Zambry berkata perdagangan antara Malaysia dan Brunei terbukti terus meningkat bagi tempoh 2021 hingga 2022.

Pada tahun lepas misalnya, Brunei merupakan rakan dagang ke-26 terbesar Malaysia serta  keenam terbesar dalam ASEAN dengan jumlah perdagangan mencecah RM13.22  bilion (US$2.98 bilion).

“Bagi tempoh Januari-Disember 2022, Malaysia merekodkan peningkatan jumlah eksport ke Brunei sebanyak 33.3 peratus iaitu sebanyak RM7.4 bilion (US$1.68 bilion). 

“Jumlah import dari Brunei pula sebanyak RM5.82 bilion (US$1.21 bilion) iaitu peningkatan 154.8 peratus dari tahun sebelumnya,” katanya.

Lawatan rasmi ke Brunei merupakan lawatan ke luar negara yang kedua bagi Anwar sejak memegang jawatan perdana menteri.

Beliau dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, kira-kira 3.30 petang esok. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 20 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 3 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 6 hari yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat