Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kadar OPR Kekal 2.75 Peratus - BNM

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jan 2023 3:39PM

Menerusi kenyataannya, BNM memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank itu pada mesyuarat hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Menerusi kenyataannya, BNM memaklumkan, keputusan berkenaan dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bank itu pada mesyuarat hari ini.

Katanya, keputusan pengekalan itu membolehkan MPC menilai kesan pelarasan OPR secara kumulatif, memandangkan kesan sela masa dasar monetari terhadap ekonomi.

“Pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari kekal akomodatif dan menyokong pertumbuhan ekonomi.

“Langkah seterusnya untuk mengembalikan tahap akomodasi dasar monetari ke tahap wajar akan ditentukan oleh keadaan yang berubah-ubah, selain kesannya terhadap prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“MPC akan terus menetapkan dasar monetari yang mengimbangi risiko inflasi dalam negeri dan pertumbuhan mampan,” menurut kenyataan itu.

Keputusan BNM itu mengejutkan selepas ia dijangka menaikkan OPR daripada 2.75 peratus ditetapkan kini kepada 3.00 peratus pada tahun ini.

Terdahulu, institusi kewangan negara itu menaikkan OPR empat kali berturut-turut sepanjang tahun lalu, iaitu pada Mei, Julai, September dan November.

Kenaikan itu masing-masing meningkat sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Justeru, pelbagai pihak termasuk penganalisis ekonomi meminta BNM menghentikan sementara sebarang kenaikan OPR, sekiranya langkah itu memberi kesan besar kepada rakyat, termasuk jika ia mengakibatkan bebanan terhadap kewangan mereka dan peningkatan tinggi individu muflis.

Melalui kenyataan sama, BNM berkata, ekonomi global terus terjejas akibat tekanan kos yang kekal tinggi, kadar faedah lebih tinggi dan gangguan berkaitan COVID-19 di China.

Kesan faktor itu, katanya, melebihi kesan sokongan daripada keadaan pasaran pekerja yang positif serta pembukaan semula sepenuhnya ekonomi dan sempadan antarabangsa.

Jelasnya, inflasi keseluruhan menurun sedikit daripada paras tinggi sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

“Bagaimanapun, inflasi teras terus kekal melebihi purata pernah dicatatkan sebelum ini.

“Bagi menguruskan tekanan inflasi, bank pusat dijangka terus menaikkan kadar faedah, meskipun pada kadar lebih perlahan.

“Tindakan ini akan menyebabkan prospek pertumbuhan global terus menghadapi rintangan,” katanya.

Namun, BNM berkata, pertumbuhan di China dijangka bertambah baik apabila gelombang semasa COVID-19 di negara berkenaan reda.

Prospek pertumbuhan, katanya, terus bergantung kepada risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan, termasuk ketegangan geopolitik semakin meruncing, pertumbuhan sebenar di ekonomi utama lebih lemah daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan yang menjadi ketat secara ketara.

Bagi Malaysia, ujarnya, data terkini menunjukkan bahawa ekonomi terus berkembang pada suku terakhir tahun 2022 disebabkan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan.

“Hasilnya, pertumbuhan tahun 2022 dijangka melebihi julat unjuran awal, iaitu 6.5 peratus hingga 7.0 peratus.

“Selepas mencatatkan prestasi kukuh pada tahun 2022, pertumbuhan pada 2023 dijangka sederhana berikutan ekonomi global yang lebih perlahan,” katanya.

Selain itu, BNM berkata, pertumbuhan akan terus disokong permintaan dalam negeri, manakala perbelanjaan isi rumah didukung prospek pekerjaan dan pendapatan yang terus bertambah baik.

Ketibaan pelancong, katanya, terus bertambah, lantas menggiatkan lagi sektor berkaitan pelancongan.

Pelaksanaan projek infrastruktur berbilang tahun juga, jelasnya, akan menyokong aktiviti pelaburan.

“Risiko pertumbuhan ekonomi dalam negeri menjadi perlahan terus berpunca daripada pertumbuhan global lebih lemah daripada jangkaan, selain aktiviti penghindaran risiko lebih tinggi dalam pasaran kewangan global berikutan dasar monetari semakin ketat secara lebih agresif di ekonomi utama.

“Ia juga berpunca daripada konflik geopolitik yang semakin meruncing serta gangguan ketara pada rantaian bekalan yang kembali wujud. Inflasi keseluruhan pada tempoh Januari hingga November 2022 berpurata sebanyak 3.4 peratus,” katanya.

Pada masa sama, BNM berkata, seperti diunjurkan, inflasi keseluruhan mencapai tahap tertinggi pada suku ketiga tahun 2022, manakala purata inflasi asas, seperti diukur inflasi teras adalah sebanyak 2.9 peratus hingga November 2022.

Tegasnya, bagi keseluruhan tahun 2023, inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka sederhana, namun kekal pada tahap tinggi berikutan tekanan permintaan serta kos berlarutan.

“Kawalan harga dan subsidi bahan api sedia ada dan lebihan kapasiti dalam ekonomi masih ada, akan terus membendung sebahagian daripada tahap tekanan inflasi yang meningkat.

“Imbangan risiko terhadap prospek inflasi cenderung ke arah inflasi menjadi lebih tinggi dan kekal sangat bergantung pada sebarang perubahan pada dasar dalam negeri berhubung dengan subsidi, selain kawalan harga serta perkembangan harga komoditi global,” katanya. – Getaran, 19 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Bank Negara Malaysia Kekalkan Opr Pada Kadar 3 Peratus

2

Semasa 6 bulan yang lalu

1MDB: Penganalisis BNM Selasai Beri Keterangan, Bakal Disoal Peguam Najib Esok

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Agong Titah Semua Pihak Tumpu Pelaksanaan Pembaharuan Ekonomi, Tingkat Daya Saing

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini