web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perdagangan Malaysia-Indonesia Bagi 2022 Dijangka Tumbuh Lebih 30 Peratus

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2023 12:00PM

Tengku Zafrul Abdul Aziz - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah perdagangan Malaysia dan Indonesia bagi 2022 bakal mencatat pertumbuhan melebihi 30 peratus tahun ke tahun berbanding 2021 susulan langkah kedua-dua negara membuka semula sempadan, kata Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata di peringkat ASEAN pula, Indonesia merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia selain menjadi sumber pelaburan langsung asing (FDI) ketiga terbesar.

Beliau berkata, jumlah perdagangan antara Malaysia dan Indonesia pula dianggarkan US$23 bilion pada 2021 -- peningkatan 45.5 peratus tahun ke tahun berbanding 2020.

“Bagi tempoh Januari-November 2022, perdagangan dua hala kedua-dua negara telah melebihi US$27 bilion iaitu meningkat lebih 33 peratus berbanding tempoh sama pada 2021,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Tengku Zafrul berkata sempena lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Indonesia pada 8-9 Januari 2023, MITI dan agensi-agensi berkaitan telah menyatakan komitmen untuk terus mengembangkan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan Indonesia.

Ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke negara jiran itu sejak dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lepas.

Dari segi pelaburan, Tengku Zafrul berkata MITI akan berusaha untuk meningkatkan lagi pelaburan rentas sempadan antara Malaysia dan Indonesia dengan kerjasama dalam bidang farmaseutikal, aeroangkasa, pemprosesan minyak sawit, barangan pengguna serta pertahanan dan keselamatan.

Beliau berkata, ini dipaparkan menerusi pertukaran sembilan memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat-syarikat Malaysia dan Indonesia dengan jumlah nilai pelaburan berpotensi melebihi RM1.6 bilion.

Pada masa sama, MITI turut menerajui perbincangan dua hala mengenai potensi pelaburan dan pelaburan bersama Malaysia di ibu negara baharu Indonesia di Kalimantan Timur, katanya.

“Sehubungan itu, Perdana Menteri pada hari ini turut menyaksikan penyerahan 11 surat niat oleh 10 syarikat Malaysia yang menzahirkan hasrat untuk menyumbang kepada pembangunan ibu kota baharu itu.

“Syarikat-syarikat ini telah membangunkan kepakaran serta kelayakan dalam bidang-bidang seperti elektrikal dan elektronik (E&E), automotif, pembuatan barangan industri, pengurusan sisa, teknologi bandaraya pintar, perumahan, penjagaan kesihatan, kejuruteraan M&E, utiliti dan tenaga lestari,” katanya.

Beliau berkata, usaha bagi manfaat bersama ini telah dibincangkan dalam pertemuan MITI dengan Menteri Syarikat-Syarikat Awam Indonesia dan Menteri Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan.

“Menteri-menteri lain yang bakal ditemui dalam beberapa hari akan datang ialah Menteri Perindustrian Indonesia, Menteri Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat serta Menteri Perdagangan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

2

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

3

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ