web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Operasi BNM Bantu Kadar Jangka Pendek Untuk Terus Stabil

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2023 10:17AM

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk tempoh tujuh dan 14 hari - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan RM43.35 bilion dalam sistem konvensional dan RM41.10 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, bank pusat akan menjalankan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM1 bilion, masing-masing untuk tempoh tujuh dan 14 hari, serta tiga tender Qard yang melibatkan tender RM1.6 bilion selama tujuh hari, tender RM1.1 bilion (14 hari) dan tender RM200 juta (21 hari).

BNM juga akan mengendalikan dua tender repo berbalik terdiri daripada tender RM270 juta (90 hari) dan tender RM490 juta selama 181 hari.

Selain itu, ia telah mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah komoditi bercagar untuk tempoh satu hingga tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan mengadakan tender semalaman konvensional bernilai sehingga RM41.1 bilion dan tender semalaman Murabahah RM37.2 bilion. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Saifuddin Nasution Tidak Terbabit Urusan Tender - Jabatan Penjara

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

OPR Kekal 3.0 Peratus: Keputusan Dibuat Bebas Tanpa Tekanan Mana-Mana Pihak - Fahmi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan