web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Akan Segera Cari Pendekatan Depani Cabaran Ekonomi Suram

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2022 8:14PM

Anwar Ibrahim - Gambar ihsan Jabatan Perdana Menteri

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan pertumbuhan ekonomi yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan reformasi struktur ekonomi dijelmakan dengan teratur, bagi merancakkan pertumbuhan serta memperkukuh asas ekonomi negara.

“Menarik pelaburan yang berkualiti, peralihan kepada ekonomi rendah karbon, mempertingkat perlindungan sosial, memantapkan daya tahan fiskal menjadi antara pendekatan dan langkah yang diambil. 

“Insya Allah, langkah-langkah ini dilaksanakan dengan dukungan BNM (Bank Negara Malaysia) dan semua jabatan yang berkaitan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Hantaran tersebut dimuatnaik susulan lawatan beliau ke BNM hari ini untuk mendengar taklimat mengenai prospek, tantangan serta tumpuan dasar ekonomi negara semasa.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah kedua-dua Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Perdana Menteri berkata, beliau dalam lawatan tersebut dimaklumkan mengenai keadaan ekonomi negara yang kembali kukuh pasca COVID-19

“Namun, kerajaan mesti memikirkan cabaran semasa kepada ekonomi negara dengan mengambilkira risiko-risiko seperti pertumbuhan global yang lembab, konflik dan masalah geopolitik di peringkat antarabangsa yang terus memburuk serta gangguan kepada rantaian bekalan makanan. 

“Kerajaan akan bertindak segera dengan pendekatan jangka pendek dan jangka panjang bagi mendepani permasalahan ini,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik