web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perniagaan Penerbangan AirAsia Tidak Digabungkan - Tony Fernandes

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2022 6:15PM

Tony Fernandes - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perniagaan penerbangan AirAsia tidak akan digabungkan agar menjadi satu entiti baharu, sebaliknya semua operasi penerbangan akan diletakkan di bawah satu struktur sedia ada, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes. 

Ini akan menjadikan empat syarikat penerbangan milik Capital A iaitu AirAsia Malaysia, AirAsia Thailand, AirAsia Philippines dan AirAsia Indonesia serta dua syarikat penerbangan AirAsia X Bhd (AAX Malaysia dan AAX Thailand) akan beroperasi secara berasingan di bawah AirAsia Aviation Group (AAG).

"Kami hanya menyuntik syarikat penerbangan AirAsia ke dalam status penyenaraian AAX... tiada penggabungan. AAX akan dinamakan semula sebagai AAG dan akan ada enam syarikat penerbangan di bawahnya. 

"Sebagai satu syarikat, kami boleh mengurangkan banyak kos tetapi akan ada operasi berasingan oleh setiap syarikat penerbangan individu," katanya kepada media selepas melancarkan pakej langganan AirAsia SUPER Plus (SUPER+) di sini hari ini. 

Memberi contoh, Fernandes berkata operasi berasingan baharu ini akan menjadi struktur yang sama seperti International Airlines Group (IAG), yang memiliki British Airways, Iberia Airline dan Aer Lingus.

Beliau menjelaskan selepas semua syarikat penerbangan diletakkan di bawah satu entiti, masing-masing akan mengekalkan operasi perkhidmatan penerbangan jarak dekat serta sederhana masing-masing dengan jumlah 225 pesawat, terdiri daripada model Airbus A320 dan A321. 

"Melangkah ke hadapan, (kami lihat) A321 akan menjadi pesawat utama bagi kedua-dua syarikat penerbangan. Kami mahu berkembang semula, kini kami mempunyai tempahan dalam tangan merangkumi 326 pesawat A321," katanya. 

Sementara itu, semasa pelancaran langganan SUPER+, Fernandes berkata syarikat penerbangan itu berharap dapat membuka semua rangkaiannya menjelang suku kedua tahun depan, sementara menunggu pembukaan semula beberapa destinasi lain yang kini masih di bawah langkah sekatan COVID-19.

"Kami tidak dapat mengawal bila (China) akan dibuka tetapi kami berharap ia akan berlaku pada tahun hadapan. Satu-satunya (rangkaian) yang tidak dibuka sehingga sekarang adalah Macau dan China, selebihnya semua sudah terbuka," katanya. 

Langganan SUPER+ disediakan bagi pembelian di seluruh dunia dengan tempat duduk percuma tanpa had ke lebih 130 destinasi termasuk diskaun tanpa had untuk hotel dan airasia ride. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

 Alamak, ‘Aircond’ AirAsia Lupa ‘Service’ Ke Tu?

2

Jelajah 2 tahun yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis