web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rangkaian 5G Malaysia Diiktiraf Secara Global Pada Anugerah Glotel Di London

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2022 6:02PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rangkaian 5G Malaysia diiktiraf di peringkat global sempena Anugerah Glotel, iaitu acara berprestij yang memberi pengiktirafan terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam memajukan serta mentransformasikan bidang telekomunikasi.

Pada majlis penyerahan diadakan di London, Khamis lalu itu, Ericsson dan Digital Nasional Bhd (DNB) memenangi kategori ‘Best Vendor 5G Innovation’.

Menerusi kenyataannya hari ini, Ketua Ericsson Malaysia, Sri Lanka dan Bangladesh, David Hagerbro berkata, anugerah itu adalah bukti bahawa teknologi serta inovasi yang digabungkan ke dalam rangkaian disediakan Ericsson untuk DNB, bakal menjadi tulang belakang transformasi digital di Malaysia.

Katanya, anugerah itu diberikan kepada syarikat telekomunikasi yang membangunkan teknologi atau perkhidmatan baharu terbaik bagi meningkatkan tahap 5G, sekali gus mempamerkan sumbangan besar kepada kemajuan rangkaian terbabit secara keseluruhan.

David Hagerbro - Gambar dari Twitter
David Hagerbro - Gambar dari Twitter

“Anugerah Glotel satu daripada contoh komitmen kami bagi menyediakan rangkaian 5G bertaraf dunia untuk Malaysia yang menawarkan kemudahan mampu milik, pengalaman pengguna bertaraf global dan keselamatan yang mempercepatkan transformasi digital.

“Ia juga bagi menjadikan Malaysia destinasi tumpuan untuk pelaburan asing dengan sambungan selamat dan teguh untuk operasi serta pembuatan,” katanya.

Bagi keperluan pengguna, 5G akan meningkatkan gaya hidup digital mereka dalam bidang, seperti permainan, penstriman, penjagaan kesihatan dan pendidikan, manakala perusahaan akan dapat bergantung kepada keperluan kritikal perniagaan, antaranya perlombongan, logistik serta pertanian.

Bagi anugerah itu, syarikat terbabit memenanginya untuk Rangkaian Teras Operator Berbilang (MOCN) dan Pembahagian Sumber Radio Dinamik (DRP) di bawah Rangkaian 5G Borong Nasional.

Rangkaian 5G DNB adalah rangkaian komersial pertama di dunia yang menggunakan DRP, iaitu penyelesaian penghirisan Rangkaian Akses Radio (RAN) 5G daripada Ericsson.

Hagerbro berkata, DRP itu membolehkan enam pengendali telekomunikasi di rangkaian kongsi DNB menyampaikan perkhidmatan 5G disesuaikan, sekali gus membolehkan mereka mencapai kelajuan terbaik untuk memberikan pengguna pilihan tanpa kompromi, sambil memacu nilai untuk rangkaian dengan 5G sebagai platform inovasi.

Ini melengkapkan MOCN yang juga digunakan pada rangkaian 5G DNB, yang membolehkan pengendali berkongsi sumber radio secara adil, tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti semasa waktu puncak dan membezakan tawaran mereka untuk pelanggan.

Beliau berkata, keupayaan untuk perkongsian aktif akan memaksimumkan penggunaan spektrum dan akhirnya membawa kepada kos perkhidmatan 5G lebih rendah di Malaysia, seterusnya akan mempercepatkan penggunaan serta transformasi digital.

“Kami berharap dapat membawa inovasi dan teknologi terkini ke Malaysia, di samping mencapai lebih banyak kejayaan serta mengukuhkan daya saing dan mempercepatkan sasaran negara menjadi sebuah negara digital,” katanya. – Getaran, 4 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

2

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

3

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

4

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

5

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok