web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerangka KBN Untuk Tambah Baik Belanjawan Negeri - Rizam

Berita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 9:09PM

Rizam Ismail berkata, inisiatif itu berdasarkan pola perubahan dan suasana ekonomi, demi masa depan generasi rakyat di negeri tersebut.- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membentangkan kerangka ekonomi Selangor Barisan Nasional (KBN) bagi menambah baik Belanjawan Selangor 2023 yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Jumaat lalu.

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Rizam Ismail berkata, inisiatif itu berdasarkan pola perubahan dan suasana ekonomi, demi masa depan generasi rakyat di negeri tersebut.

Menurut beliau, kerangka KBN menjadikan pembangunan seimbang sebagai antara falsafah utama agar mampu mendepani pelbagai cabaran seperti wabak penyakit, kesihatan serta ekonomi global.

“Kerangka ini juga akan memastikan tiada golongan yang tertinggal dalam menerima bantuan.

“Pembangunan seimbang perlu kerana BN percaya ia asas kepada pembentukan ekonomi mampan dan kemakmuran bersama, bagi  merapatkan jurang antara bandar dan luar bandar, sekali gus mencipta peluang pekerjaan serta keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas persidangan DUN Selangor di sini, hari ini.

Rizam berkata, BN melihat ada kepentingan untuk kerajaan membangunkan dan menghidupkan infrastruktur yang inklusif, bukan sahaja untuk ketersambungan serta sosioekonomi antara luar bandar dan bandar.

“Ia juga perlu mengambil kira keperluan golongan kelainan upaya (OKU) dan warga emas,” katanya.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM2.45 billion bagi Belanjawan 2023 yang merangkumi enam dasar utama iaitu peluang pekerjaan, perumahan, alam sekitar, belia, wanita dan pendidikan.

Amirudin berkata, daripada jumlah itu, RM1.25 bilion atau 51 peratus akan diperuntuk bagi perbelanjaan mengurus manakala RM1.2 bilion iaitu 49 peratus untuk tujuan pembangunan.

Menurut beliau, kerajaan negeri menganggarkan hasil yang boleh dikutip berjumlah RM2 bilion, terutama menerusi premium tanah iaitu penyumbang utama kepada Selangor untuk tahun 2024.

Ia melibatkan jumlah RM753.72 juta atau bersamaan 38 peratus daripada anggaran hasil keseluruhan. - Getaran, 29 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Sultan Selangor Mahu Sidang DUN Berlangsung Ikut Tertib, Peraturan

2

Politik 3 tahun yang lalu

Kerusi Batang Kali Diisytihar Kosong - Speaker DUN Selangor

3

Semasa 4 tahun yang lalu

DUN Selangor Tiada Kuasa Buat Enakmen Benar Mahkamah Syariah Dengar Semakan Kehakiman

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad