web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Prestasi KDNK Bukti Kerajaan Berjaya Pacu Pemulihan Ekonomi - PM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Nov 2022 6:36PM

Ismail Sabri Yaakob berkata peningkatan itu juga didorong oleh pembukaan sektor ekonomi selaras dengan peralihan ke fasa pandemik, di samping kejayaan memberangsangkan penggunaan sektor swasta dan pasaran buruh negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BERA - Prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga tahun ini yang meningkat kepada 14.2 peratus adalah bukti kejayaan kerajaan memacu pemulihan ekonomi pasca COVID-19, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata ia sekali gus membuktikan tuduhan yang mengatakan kerajaan gagal membawa perubahan kepada ekonomi negara adalah tidak tepat.

Katanya peningkatan itu juga didorong oleh pembukaan sektor ekonomi selaras dengan peralihan ke fasa pandemik, di samping kejayaan memberangsangkan penggunaan sektor swasta dan pasaran buruh negara.

Ismail Sabri Yaakob berucap pada program Moh Ngeteh bersama penduduk Orang Asli sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Bongkok hari ini - Gambar Bernama
Ismail Sabri Yaakob berucap pada program Moh Ngeteh bersama penduduk Orang Asli sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di Kampung Bongkok hari ini - Gambar Bernama

“Peningkatan 14.2 peratus itu lebih pesat daripada suku kedua iaitu 8.9 peratus dan suku pertama sebanyak 5 peratus,” katanya pada sidang media selepas menghadiri program Moh Ngeteh bersama komuniti Orang Asli di Kampung Orang Asli Bongkok di sini hari ini.

"Begitu juga dengan kadar pengangguran yang terus menurun iaitu 3.6 peratus pada September lepas, berbanding 4.6 peratus pada Ogos 2021 (semasa beliau baru dilantik sebagai Perdana Menteri),” tambahnya.

Ismail Sabri berkata keyakinan pengguna ditunjukkan dengan jualan perdagangan borong dan runcit yang mencapai RM134 bilion untuk Sept 2022 iaitu peningkatan 23.9 peratus berbanding Sept tahun lepas iaitu RM108.1 bilion.

“Sektor perniagaan semakin kukuh dengan jualan sektor pembuatan pada Sept 2022 sebanyak RM161.7 bilion iaitu peningkatan 19.5 peratus berbanding Sept 2021.

“Kerajaan sentiasa memantau perkembangan ekonomi global bagi memastikan impak besar kelembapan ekonomi tidak memberi kesan kepada negara,” katanya.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus hari ini mengumumkan ekonomi Malaysia berkembang 14.2 peratus pada suku ketiga 2022, dipacu oleh pengembangan berterusan dalam permintaan domestik, pemulihan kukuh pasaran pekerja, eksport elektrik dan elektronik (E&E) dan bukan E&E yang teguh serta sokongan dasar yang berterusan.

Nor Shamsiah dilaporkan berkata pertumbuhan itu sebahagiannya didorong oleh kesan asas yang rendah, berikutan langkah pembendungan yang ketat pada suku ketiga tahun lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik