Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pastikan PKS Kekal Berdaya Saing, SME Corp Laksana Pelbagai Inisiatif

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Nov 2022 7:00AM

National Mark of Malaysian Brand (NMMB), membawa jenama Malaysia ke tahap baharu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp. Malaysia) bagi memastikan sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini kekal berdaya saing, melalui pembuatan produk atau pemberian perkhidmatan yang berkualiti tinggi.

Langkah berkenaan dilakukan dengan mengambil kira keadaan tidak menentu ketika ini, terutama dengan sentimen dalam kalangan komuniti perniagaan yang masih berada di tahap berjaga-jaga akibat inflasi, gangguan rantaian bekalan dan konflik Rusia-Ukraine.

Antara usaha yang giat dilakukan oleh SME Corp. Malaysia adalah melalui program National Mark of Malaysian Brand (NMMB) sejak tahun 2009.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy berkata, skim pensijilan NMMB dengan kerjasama SIRIM QAS International Sdn. Bhd. itu melambangkan kualiti, kecemerlangan dan keunggulan produk serta perkhidmatan syarikat Malaysia bukan sahaja untuk pasaran tempatan, tetapi di pentas antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy
Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp. Malaysia, Rizal Nainy

Menurut beliau, program pensijilan berkenaan membantu mengubah tanggapan bahawa produk PKS berkualiti rendah dan kurang keutuhan dengan piawaian pembungkusan yang rendah berbanding jenama besar.

"Penjenamaan bukan sahaja merupakan komponen penting dalam sesebuah syarikat, produk atau perkhidmatan, tetapi juga merupakan satu simbol yang boleh dilihat oleh pengguna, pelanggan serta rakan kongsi perniagaan, dan seterusnya melahirkan identiti unik tersendiri.

"Pensijilan NMMB ini juga adalah bertujuan untuk melengkapkan usaha sedemikian bagi membolehkan produk dan perkhidmatan dari Malaysia menembusi pentas perniagaan antarabangsa," katanya.

Rizal memberitahu, semua syarikat PKS yang memohon persijilan tersebut akan dinilai melalui piawaian ketat dengan pelaksanaan langkah pengauditan dan pemantauan untuk memastikan pematuhan kepada piawaian kualiti yang ditetapkan.

Antara produk keluaran PKS Malaysia yang telah berjaya menerima pensijilan National Mark of Malaysia Brand
Antara produk keluaran PKS Malaysia yang telah berjaya menerima pensijilan National Mark of Malaysia Brand

Sekiranya berjaya, beliau berkata, produk atau perkhidmatan terlibat akan diberi hak untuk mempamerkan lambang NMMB bagi tempoh dua tahun.

"Bukan itu sahaja, syarikat PKS yang mendapat sijil NMMB juga berpeluang menikmati pelbagai fasilitasi dari SME Corp. Malaysia selain insentif kewangan dan inisiatif peluang pasaran yang lebih luas.

"Selain itu, mereka diberi keutamaan akses kepada aktiviti promosi perdagangan tempatan dan antarabangsa. Malah keutamaan tawaran mengikut latihan pembangunan juga diberikan.

"Dalam masa yang sama SME Corp. Malaysia turut menganjurkan bengkel serta mewujudkan hubungan rakan strategik antara dalam dan luar negara melalui promosi dan liputan media," katanya.

Rizal turut menzahirkan harapan untuk melihat lebih banyak PKS memanfaatkan sepenuhnya program NMMB sebagai pelengkap dalam memperkukuhkan lagi jenama mereka, dan seterusnya menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai program NMMB, orang ramai boleh melayari http://www.nationalmark.gov.my/ atau hubungi 1300 30 6000. - Getaran, 31 Oktober 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

TPM Mahu SME Corp Cari Dana Bantu Usahawan PMKS Tembusi Pasaran Antarabangsa

2

Ekonomi 1 tahun yang lalu

SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

3

Usahawan 2 tahun yang lalu

Tahi Itik, Juadah Unik Idaman Ramai Di Kelantan

Sorotan

1

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

2

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

3

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

5

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

6

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

7

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu