Berita Terkini

5 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 6 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


SME Corp Perkasa PKS Menerusi Anugerah E50

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2022 2:30PM

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, penganjuran anugerah itu penting dalam pembangunan PKS.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - SME Corporation Malaysia (SME Corp) sentiasa komited memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini yang masih dibelenggu kesan pasca COVID-19.

Sebagai agensi penyelaras pusat bagi PKS, SME Corp bertindak proaktif dalam melancarkan pelbagai inisiatif agar sektor tersebut dapat dirancakkan semula.

Antara inisiatif dilakukan adalah melalui penganjuran Anugerah Enterprise 50 (E50) yang akan diadakan pada bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy berkata, penganjuran anugerah itu penting dalam pembangunan PKS, khususnya dari aspek pembangunan kapasiti, kemudahan kewangan, rantaian dan jaringan perniagaan domestik serta antarabangsa.

“Sehingga kini, SME Corp telah melahirkan 725 penerima Anugerah E50 yang antara lain berjaya memasuki penyenaraian awam serta meluaskan pasaran di dalam dan luar negara.

“SME Corp akan terus memberikan sokongan kepada alumni E50 dan ahli E50 baru yang berpotensi,” katanya.

Ahli alumni E50
Ahli alumni E50

Sejak 1997, Anugerah E50 memainkan peranan sebagai kayu pengukur serta penanda aras kepada pencapaian kejayaan PKS yang diiktiraf melalui penilaian beberapa kriteria oleh pakar dan pemain industri berkecuali.

Menurut Rizal, Anugerah E50 merupakan antara inisiatif SME Corp untuk mempamerkan kejayaan perniagaan negara secara berkesan, sekali gus mempromosikan ‘Jenama Malaysia’ di peringkat antarabangsa.

Jelas beliau, ia melibatkan pelbagai bidang meliputi makanan dan minuman, teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), produk perubatan dan penjagaan diri, minyak dan gas, peranti perubatan, logistik, fesyen serta industri lain.

Lebih manis katanya, usaha SME menerusi penganjuran E50 turut mendapat pujian Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Noh dipetik sebagai berkata, anugerah tersebut menyemarakkan semangat juang PKS untuk bangkit kembali dan mengorak langkah kejayaan.

Tambah beliau, anugerah itu juga satu kejayaan unggul yang dicapai PKS dalam membuktikan bahawa mereka mampu menjadi pemacu pertumbuhan utama ekonomi negara serta menjadi jaguh di pasaran tempatan dan global.

“Anugerah E50 merupakan program anugerah tahunan berprestij yang meraikan pencapaian 50 PKS tempatan terunggul di Malaysia.

“Ia juga satu mekanisme penilaian dan pengiktirafan PKS yang mampu mendorong perubahan ke arah peningkatan daya saing bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negara secara menyeluruh,” katanya.

Untuk makluman, penerima Anugerah E50 berpeluang menyertai sesi pemadanan perniagaan anjuran SME Corp selain boleh menyertai bengkel dan forum antarabangsa atas jemputan agensi berkenaan.

Selain itu, penerima anugerah dapat menjalinkan hubungan dan interaksi perniagaan bersama syarikat besar dan multinasional di serata dunia.

Tempoh pencalonan E50 dibuka sejak 1 Mac lalu dan pengumuman pemenang akan dibuat bulan ini.

Untuk menyertai anugerah tersebut, sesebuah syarikat perlu mematuhi beberapa kriteria yang ditetapkan.

Antaranya, sesebuah syarikat itu perlulah memenuhi definisi PKS dengan sekurang-kurangnya 40 peratus ekuiti tempatan dan mendapat penarafan empat bintang ke atas dalam program Penarafan Daya Saing PKS untuk Peningkatan (SCORE) serta tidak tersenarai di mana-mana papan utama.

Selain itu, penyertaan tersebut juga terbuka kepada syarikat induk atau anak syarikat dan sesebuah syarikat perlulah mempunyai rekod kewangan yang telah diaudit selama tiga tahun.

Untuk maklumat lanjut mengenai anugerah E50, orang ramai boleh melayari laman sesawang www.smecorp.gov.my/E50 atau hubungi talian 1300 30 6000. - Getaran, 24 November 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 3 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 3 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Letupan Bom Sungai Golok: PDRM Tingkat Kawalan Keselamatan Sempadan Malaysia – Thailand

2

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

3

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

4

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

5

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

6

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

Disyorkan untuk anda

Usahawan 1 hari yang lalu

Peniaga Nasi Kukus Raih Jualan RM14,000 Sebulan Selepas Sertai Program IPR

Ekonomi 1 hari yang lalu

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

oleh Alfian Z.M. Tahir

Ekonomi 8 jam yang lalu

Kedah Mahu Bina LRT Di Langkawi

oleh Rafisqi Radhi

Ekonomi 1 hari yang lalu

Malaysia - Rwanda Sepakat Perluas Kerjasama, Fokus Industri Halal Dan Minyak Sawit

oleh Sophia Ahmad