web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2023: Galakkan Lebih Banyak Eksport, FDI Untuk Tingkatkan Tarikan Ringgit

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Oct 2022 11:41AM

Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak pelaburan langsung asing ke negara ini dan mengurangkan pergantungan kepada produk import, terutamanya sektor agromakanan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2023, yang dijangka dibentangkan hari ini, amat ditunggu-tunggu oleh segenap rakyat Malaysia kerana ia akan melakarkan hala tuju negara pada tahun depan.

Kenaikan kos sara hidup, kejatuhan nilai ringgit, sekuriti makanan, jaminan pekerjaan dan pelaburan langsung asing (FDI) adalah antara topik utama yang dijangka ditangani dalam bajet itu memandangkan negara kini sedang keluar dari era pandemik.

Penganalisis Ekonomi Putra Business School, Profesor Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, untuk meningkatkan keyakinan terhadap ringgit, kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak pelaburan langsung asing ke negara ini dan mengurangkan pergantungan kepada produk import, terutamanya sektor agromakanan.

“Kerajaan perlu menggalakkan lebih banyak eksport bukan sahaja produk tetapi perkhidmatan iaitu dengan mengambil kesempatan daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) untuk menjadikan mata wang ringgit menarik,” kata beliau.

Beliau menambah ringgit boleh diperkukuhkan lagi jika Bajet 2023 boleh memperkenalkan inisiatif untuk mengurangkan pergantungan negara kepada produk import, meningkatkan keluaran domestik dan menggalakkan eksport terutamanya dengan mengambil kesempatan daripada ratifikasi perjanjian perdagangan bebas CPTPP dan RCEP baru-baru ini.

“Saya mengharapkan bajet yang responsif kepada keperluan semasa rakyat, perniagaan dan industri, sambil mengekalkan tumpuan ke arah kemampanan dan negara yang berdaya tahan,” katanya.

Beliau menekankan bahawa Bajet 2023 perlu lebih meluas, tetapi pada masa yang sama, mampu menjana sumber pendapatan baharu bagi memastikan negara tidak akan terjerumus dengan hutang yang besar.

Ahmed Razman juga berpendapat prestasi ringgit masih akan terjejas teruk disebabkan keadaan ekonomi di Amerika Syarikat (AS), terutamanya dengan permintaan kukuh terhadap dolar AS, jika dibandingkan dengan bajet yang dibentangkan hari ini.

Beliau berkata, bajet itu perlu memastikan fokus semasa untuk mengekalkan kadar inflasi yang rendah.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran satu lagi rangsangan fiskal yang tidak terkawal mungkin memberi tekanan kepada kadar inflasi untuk terus meningkat.

Ahmed Razman juga tidak menolak kemungkinan bahawa prestasi ringgit juga boleh terkesan disebabkan keadaan politik apabila terdapatnya khabar angin mengenai Pilihan Raya Umum Ke-15 yang akan dipercepatkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

DDI Dipilih Sebagai KPI Untuk Jana Pelaburan Negara - Anwar

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ