web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DDI Dipilih Sebagai KPI Untuk Jana Pelaburan Negara - Anwar

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2023 10:23PM

Anwar Ibrahim (tengah) di Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara Kedua (MPN/02/2023) - gambar PMO

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelaburan langsung domestik (DDI) telah ditetapkan sebagai antara petunjuk prestasi utama (KPI) bagi menjana jumlah pelaburan negara. 

Mengumumkan perkara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia diputuskan pada Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara Kedua (MPN/02/2023) di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) hari ni.  

Menurut beliau, kerajaan khususnya melalui MITI sentasa komited untuk mengimbangi pelaburan langsung asing (FDI) dan DDI, bagi merangsang pembangunan yang lestari dan seimbang di seluruh negara.  

“Kewujudan ekosistem perindustrian domestik secara lebih strategik amat penting bukan sahaja untuk menjana pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang mampan, tetapi juga bagi memperkasakan ekosistem ekonomi domestik dalam menghadapi pelbagai cabaran global. 

“Ia termasuk ancaman perubahan iklim, serta pelbagai cabaran pasca-pandemik dan geopolitik yang menyebabkan rantaian bekalan terganggu, harga bahan mentah meningkat dan kadar inflasi global yang tinggi,” katanya. 

Perdana Menteri berkata, DDI yang strategik juga berpotensi untuk menarik lebih FDI - gambar PMO
Perdana Menteri berkata, DDI yang strategik juga berpotensi untuk menarik lebih FDI - gambar PMO

Perdana Menteri berkata, DDI yang strategik juga berpotensi untuk menarik lebih FDI kerana pelabur asing sentiasa menganggap DDI sebagai penanda aras bagi keyakinan dan komitmen pelabur domestik. 

Kerajaan jelasnya, telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi menggalakkan peningkatan DDI, namun usaha meningkatkan sektor itu perlu dibuat secara lebih menyeluruh.  

“Sehubungan itu, mesyuarat MPN hari ini juga menekankan betapa pentingnya kerjasama dan pembabitan strategik oleh Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) untuk memperkasakan DDI.  

“Secara keseluruhannya, GLIC hari ini mengurus aset pelaburan bernilai lebih RM1.7 trilion, dan memainkan peranan yang penting bukan sahaja bagi memacu pembangunan infrastruktur kritikal dan membolehkan pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi baharu, tetapi juga bagi membantu menarik pelabur asing ke Malaysia,” katanya. 

Anwar berkata, pemerkasaan pelaburan domestik berkualiti tinggi adalah sama penting dan mesti terus dipermudah dalam memacu ekonomi negara. 

Bagi tahun 2022, sejumlah RM267.7 bilion pelaburan dijana daripada 4,517 buah projek yang diluluskan daripada pelbagai sektor ekonomi (sektor perkhidmatan, perkilangan dan utama) di Malaysia yang akan menjana 140,440 peluang pekerjaan.  

“DDI menyumbang sebanyak RM104.4 bilion (38.9%) kepada jumlah ini,” katanya. 

Anwar memberitahu, nisbah FDI:DDI adalah 52.5 peratus bagi FDI dan 47.5 peratus bagi DDI untuk suku pertama 2023, hasil komitmen pelaburan berjumlah RM71.4 bilion (peningkatan 59.7% tahun-ke-tahun.)  

“Peningkatan nisbah DDI mencerminkan peningkatan keyakinan syarikat dan perniagaan tempatan terhadap dasar kerajaan semasa.  

“Mesyuarat MPN kedua ini juga antara lain turut membincangkan mengenai mekanisme terbaik dalam memperkemaskan lanskap Agensi Penggalakan Pelaburan (IPA) negara menjelang 1 Januari 2024,” katanya.  

MPN juga memutuskan bahawa Jawatankuasa Koordinasi Pelaburan antara MITI dan kesemua IPA akan diaktifkan semula. - Getaran, 22 Ogos 2023 

Berita Berkaitan

1

Semasa 9 bulan yang lalu

PM Arah Lawatan Menteri, Timbalan Ke Luar Negara Dihentikan Sementara

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia - Iran Komited Perkukuh Hubungan 2 Hala

3

Semasa 1 tahun yang lalu

HRD Corp Catat Keuntungan Terkumpul RM389.95 Juta, Miliki Kedudukan Kewangan Yang Kukuh

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Anjakan Strategi Sektor Pelancongan - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ