web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PJD Link Rancang Penyenaraian Di Bursa Malaysia Melalui RTO

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Oct 2022 7:01AM

PJD Link berkata, syarikat itu dan pemegang sahamnya, PJD Link Holdings Sdn Bhd dan Noblemax Resources Sdn Bhd telah memeterai perjanjian rangka kerja (FA) dengan Scomi Energy Services bagi cadangan pengambilalihan PJD Link tersebut pada harga indikatif kira-kira RM922 juta - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PJD Link (M) Sdn Bhd (PJD Link), pemegang konsesi bagi cadangan Petaling Jaya Dispersal Link (PJD Link Expressway) merancang penyenaraian di Bursa Malaysia Securities Bhd melalui pengambilalihan terbalik (RTO) Scomi Energy Services Bhd yang tersenarai di pasaran utama.

Dalam satu kenyataan, PJD Link berkata, syarikat itu dan pemegang sahamnya, PJD Link Holdings Sdn Bhd dan Noblemax Resources Sdn Bhd telah memeterai perjanjian rangka kerja (FA) dengan Scomi Energy Services bagi cadangan pengambilalihan PJD Link tersebut pada harga indikatif kira-kira RM922 juta.

Ia berkata, pihak yang terbabit dijangka menandatangani perjanjian muktamad untuk cadangan pengambilalihan itu dalam tempoh 60 hari.

Ketua Pegawai Eksekutif PJD Link Expressway, Amrish Hari Narayanan berkata, FA tersebut adalah langkah penting untuk penyenaraian dan selepas menjadi syarikat tersenarai, syarikat itu akan dapat memanfaatkan pasaran modal ekuiti untuk mendapatkan pembiayaan bagi pembangunan dan pembinaan PJD Link Expressway.

“Selain itu, pelaporan prestasi kami mengikut keperluan penyenaraian Bursa Malaysia, ia akan meningkatkan tahap ketelusan dan tadbir urus kepada orang ramai,” katanya.

PJD Link Expressway adalah lebuh raya berkembar empat lorong sepanjang 25.4 kilometer yang akan bermula selepas Plaza Tol Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Sdn Bhd (Lebuhraya Sprint), Damansara dan berakhir di Persimpangan Lebuhraya Bukit Jalil.

Setelah siap, Lebuhraya PJD Link akan memainkan peranan penting dalam menyuraikan kesesakan lalu lintas kerana ia menyediakan sambungan utama dengan enam lebuh raya utama termasuk Lebuhraya NKVE, Lebuhraya SPRINT, Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Pantai Baru, Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Lebuhraya Bukit Jalil.

PJD Link menandatangani perjanjian konsesi dengan kerajaan pada 5 April, 2022. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis