web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Labuan IBFC Sumbang Lebih Daripada RM900 Juta Kepada Negara

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2022 3:56PM

Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LABUAN - Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC) menyumbang lebih RM900 juta kepada kutipan hasil fiskal negara untuk 2021, kata Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA).

Ketua Pengarahnya Nik Mohamed Din Nik Musa berkata sebagai pusat kewangan antarabangsa, Labuan IBFC menjadi salah satu komponen utama ekonomi Malaysia selaras dengan aspirasi kerajaan.

Beliau berkata aktiviti perniagaan dan kewangan Labuan IBFC telah menyumbang dengan ketara kepada pertumbuhan ekonomi Labuan, menyumbang lebih 60 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pulau itu sekali gus menjadi salah satu penyedia pekerjaan terbesar Labuan dengan lebih 6,000 orang yang bekerja di Labuan IBFC.

“Ini menyumbang kepada lebih banyak perbelanjaan tempatan dan mendorong limpahan ekonomi lain di pulau itu,” katanya kepada Bernama hari ini.

Pencapaian Labuan IBFC telah dijayakan dengan Labuan FSA menjadi pemacu utama dalam pertumbuhan bidang kuasa.

Nik Mohamed Din berkata sejak 30 tahun lepas, bimbingan progresif Labuan FSA telah memainkan peranan penting dalam merangka pembangunan dan pertumbuhan progresif Labuan IBFC, menyumbang secara signifikan kepada pembangunan fizikal dan sosioekonomi Labuan.

Labuan FSA adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan, ia bertanggungjawab ke atas pembangunan dan pentadbiran Labuan IBFC. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Datuk, 2 Cucu Maut Rumah Terbakar

2

Luar Negara 1 tahun yang lalu

Gempa Bumi Kuat Landa Mindanao, Gegaran Dirasai Sekitar Sabah, Labuan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPDN Rampas 80,000 Liter Diesel Bernilai Lebih RM300,000 Di Labuan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tindakan Pantas Bomba Kawal Kebakaran Selamatkan Lebih 100 Rumah Kayu

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan