web statsweb stats

Berita Terkini

22 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 22 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Keputusan Mengenai Moratorium Untuk PKS Bergantung Kepada Bank

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 1:49PM

Tengku Zafrul - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan untuk memberikan moratorium atau sebaliknya kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) amat bergantung kepada pertimbangan pihak bank sama ada PKS mampu membuat pembayaran balik, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Bagaimanapun, kerajaan boleh menggalakkan dasar yang membantu rakyat, katanya sambil menyatakan harapan bank dan Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus menyokong PKS serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang benar-benar menghadapi kesukaran.

“Saya optimis, bersama-sama dengan Bank Negara, bahawa pertumbuhan (ekonomi) kita pada tahun ini akan mengatasi jangkaan kami, iaitu antara 5.3 peratus dan 6.3 peratus.

“Kita berada di trajektori pertumbuhan, ekonomi sedang berkembang dan kita perlu menyokong syarikat yang masih memerlukan,” katanya pada sidang media di luar Persidangan Perbankan Malaysia 2022 hari ini.

Tengku Zafrul berkata ekonomi Malaysia telah berkembang dengan kukuh setakat ini, antaranya berikutan penggunaan domestik yang meningkat, sektor eksport yang lebih kukuh dan pertumbuhan pinjaman yang lebih baik, justeru, langkah-langkah yang diambil semasa krisis ekonomi akibat pandemik mungkin bukan penyelesaian terbaik pada masa ini.

Beliau berkata sumber yang terhad perlu digunakan untuk membantu kumpulan sasar dan sokongan menyeluruh mungkin tidak mampan.

Katanya PKS dan PMKS telah menerima banyak bantuan daripada kerajaan seperti pembiayaan dengan moratorium dalam Bajet 2022 di bawah inisiatif Semarak Niaga.

Malah, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (Samenta) telah dilaporkan sebagai berkata bahawa satu lagi moratorium pinjaman hanya akan menambah masalah PKS.

Tengku Zafrul berkata bank mula memberi pinjaman lebih daripada paras sebelum pandemik, sambil menambah bahawa pembiayaan bersih sektor perbankan telah berkembang sebanyak 4.9 peratus pada suku kedua tahun ini.

“Pengeluaran sebenarnya telah mengatasi paras sebelum pandemik, ia meningkat kepada RM71 bilion pada suku kedua 2022 berbanding purata RM57 bilion pada 2017-2019. Bank masih memberikan pinjaman,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

 Malaysia Ratifikasi Perjanjian WTO Mengenai Subsidi Perikanan

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Perlu Ambil Risiko Terhitung, Tempa Masa Depan Ekonomi Baharu - Tengku Zafrul

3

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Penganalisis BNM Selasai Beri Keterangan, Bakal Disoal Peguam Najib Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Titah Semua Pihak Tumpu Pelaksanaan Pembaharuan Ekonomi, Tingkat Daya Saing

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ